KUMPULAN pro-DAP, Bersih 2.0 didakwa melancarkan kempen mengutip dana dan penajaan di seluruh negara termasuk dari ahli politik Barisan Nasional (BN)

Berdasarkan pendedahan Facebook Ops Johor, kumpulan itu memberi surat permohonan mereka kepada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional di Johor.

Kata Ops Johor, surat itu bertajuk ‘Memohon Penajaan Projek Bersih 2.0’dengan tujuan menjalankan enam program bagi mengukuhkan demokrasi berparlimen, untuk pilihanraya bersih dan adil serta reformasi sistem institusi dan pilihanraya bagi tempoh 2019-2020.

“Apa motif mereka sebenarnya? Benarkah demikian niat Bersih 2.0 itu? Adakah untuk mengheret BN ke jalanan seperti apa yang mereka lakukan kepada Pakatan Harapan dulu?

“Mereka adalah sebuah entiti pro-Pakatan yang dahulunya terkenal dan sering mengadakan demonstrasi jalanan kononnya untuk mendesak pelbagai isu, berkenaan penyelewengan dan mendesak kerajaan supaya melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih,” kata Ops Johor.

Sehubungan itu, pengendali Ops Johor menggesa pemimpin BN agar tidak melayan permohonan Bersih 2.0 itu.

Jelasnya, kebanyakan perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 2.0 akhirnya bertukar dan menjadi satu ‘bala’ yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat berlakunya siri keganasan dan kerosakan harta awam selain cuba mengheret imej negara ke arah kedudukan tercorot.

“Dari dulu lagi sememangnya kita memang tidak pernah yakin apatah lagi percaya dengan hujah-hujah, alasan serta justifikasi yang diberikan oleh Bersih 2 hingga ke beberapa siri perhimpunan dan demonstrasi jalan raya di negara ini termasuklah Bersih 5!

“Itu bukan cara Barisan Nasional, tak perlu kejalan untuk berdemonstrasi, rakyat hari ini sudah buka mata, menilai prestasi serta janji kosong dan sembang kencang Kerajaan sepenggal Pakatan Harapan, bukan hanya di Johor malah seluruh negara!” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.