DR Zakir Naik bebas berdakwah di negara ini tetapi beliau perlu mengikut satu syarat penting.

Menurut Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, parti itu mengiktiraf hak berdakwah seperti yang dilakukan Zakir Naik di negara ini, tetapi bersyarat.

Katanya, syarat tersebut adalah tidak wajar bagi Zakir menggunakan forum untuk menyerang mana-mana kaum di negara ini.

“PKR menghormati keputusan pihak berkuasa dan polis agar Zakir tidak berucap di program awam.

“Kami juga menyerah keputusan status penduduk tetap beliau kepada pihak berkuasa mengikut jalur hukum dan persoalan kemanusiaan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Zakir tidak dibenarkan memberi ceramah melalui semua medium, termasuk media sosial.

Abdul Hamid memberitahu, larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

Zakir sebelum ini telah diharamkan di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak susulan daripada kenyataan berbaur perkauman yang dibuat olehnya ketika berceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. – 22 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.