PURATCHI adalah perkataan Tamil yang bermaksud revolusi.

Revolusi pula adakah gerakan untuk mengubah sistem kerajaan, politik dan sosial menggunakan kekerasan.

Malaysia tidak pernah melalui zaman revolusi seperti di Indonesia, Iran dan beberapa negara lain yang melibatkan pertumpahan darah.

Malah tidak pernah sekali pun ada kumpulan atau pihak berani melaungkan slogan revolusi
sepanjang negara ini merdeka selama 62 tahun!

Tapi itu perkataan yang digunakan dalam satu himpunan orang India di Brickfields esok.

Himpunan itu bertajuk ‘Himpunan aman Puracthi: Kami tidak setuju pelajar India diajar tulisan khat (jawi)’.

Melalui posternya, warna keseluruhan yang digunakan adalah merah dan hitam seolah-olah mahu menggambarkan satu gerakan yang akan berlaku pertumpahan darah.

Sedangkan, mereka hanya mahu membantah isu jawi yang sudah diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan.

Tiada keperluan untuk membuat poster yang nampak ganas dan menggunakan perkataan revolusi melainkan mereka ada agenda tersembunyi.

Polis Brickfields sudah meluluskan himpunan itu sejak minggu lalu lagi walaupun terdapat
perkataan revolusi pada poster itu.

Adakah polis tidak sedar perkataan revolusi itu memberi gambaran bahawa penganjur mahu mengajak orang India mengadakan revolusi pada malam esok?

Bukankah himpunan itu satu ancaman terhadap kedaulatan dan keamanan negara ini apabila ada pihak cuba melancarkan revolusi di negara berdaulat ini?

Kenapa polis boleh meluluskan himpunan yang berunsur hasutan dan berkemungkinan besar boleh mencetuskan provokasi itu?

Sepatutnya mereka mengharamkan terus himpunan itu yang berisiko menggugat keamanan dan keharmonian kaum.

Ini berbeza dengan nasib pendakwah Islam, Dr Zakir Naik yang dilarang untuk berceramah di seluruh negara hanya kerana fitnah media pro-DAP.

Sedangkan, tetamu istimewa itu berusaha keras mempromosikan keamanan dan keharmonian sesama agama di seluruh dunia.

Jika polis tidak bertindak membatalkan himpunan revolusi ini, tidak mustahil huru-hara yang lebih teruk akan berlaku hanya disebabkan perkataan revolusi itu. – NTHQiBord, 22 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Bro.. its like that.. and that not the meaning for what u said. It’s actually they only doing protest against the implementation of tulisan khat at Tamil schools.. that’s all.. please dnt spread rumors..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.