SELEPAS lebih sebulan laporan dibuat, akhirnya kes rogol yang membabitkan Adun Tronoh DAP Perak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh esok atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, Julai lalu.

Paul Yong Choo Kiong yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Paul dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis dibuat pembantu rumahnya.

Pembantu rumah berusia 23 tahun itu mendakwa dirogol majikannya di kediaman di Meru sehari sebelum laporan dibuat.

Tertuduh kemudian ditahan pada 9 Julai lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Pembebasannya itu mendapat kritikan rakyat kerana, Paul tidak ditahan seperti tertuduh lain dalam kes yang sama.

Tentunya, rakyat mahu layanan dan keadilan ditegakkan tidak kira orang awam mahupun ahli politik.

Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk tindakan seterusnya, namun dikembalikan semula kepada pihak polis sebanyak tiga kali bagi melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan laporan pakar perubatan dan Jabatan Kimia.

Kes ini menjadi isu besar kerana membabitkan ahli politik yang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri.

Di samping itu, kes ini membabitkan hubungan dua negara antara Malaysia dan Indonesia.

Tentunya, dalam kes ini intergriti kerajaan DAP-PH dan pihak polis menjadi pertaruhan di peringkat antarabangsa.

Apatah lagi dalam suasana kerajaan DAP-PH hari ini bergolak dengan pelbagai isu termasuklah isu video seks, kematian anggota bomba, lantikan politik dalam jabatan kerajaan dan sebagainya. – 22 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Let us pray that the truth will prevail. In the west there is a saying that goes like this “Justice delayed is justice denied”, while in the Muslim world, they say “Justice denied in this world will be served in the hereafter”. I just want to see as to whether PH upholds its principle that says “The rule of law”.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.