KEMPEN untuk mengharamkan portal Malaysiakini sudah dimulakan sejak semalam kerana portal pro-DAP itu didakwa cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Usaha itu dicetuskan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @aimanboleh yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berbaur sentimen kebencian oleh Malaysiakini.

“Takde ke siapa yang boleh lead untuk ban Malaysiakini?

“Kita perjuangkan freedom of speech, bukan hate dan slanderous speech,” tulisnya.

Pemilik akaun itu membalas ciapan pengguna bernama Hilal Asyraf yang memuatnaik gambar laporan Malaysiakini sengaja mencetuskan kebencian terhadap pendakwah Islam, Dr Zakir Naik.

“Kawan dah minta maaf, tapi kempen masih tak berhenti.

“Kita nak kata apa?” tulisnya.

Catatan Hilal dikongsi lebih 13,600 kali manakala ciapan @aimanboleh dikongsi lebih 7,000 kali.

Antara pemimpin yang menyertai kempen itu termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin.

“Jom ramai-ramai kita report account twitter mkini sampai kena banned.

“This is not the place for tabloid fitnah, batu api dan pemecah ummah!

“Saya sudah. Anda?” tulisnya. – NTHQiBord, 22 Ogos 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.