KHABAR angin mengenai rombakan Kabinet kembali hangat diperkatakan apabila dua akhbar berbahasa Cina melaporkan tentang perkara tersebut.

Menurut laporan media itu, rombakan Kabinet akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Media itu mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyertai Kabinet.

Selain itu, media tersebut turut mendakwa tindakan itu akan diambil kerana Kabinet memerlukan anggota yang lebih berpengalaman.

Dalam laporan itu juga, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membincangkan perkara berkenaan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jelasnya, pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan lain juga akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih dikekalkan. – 22 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.