TIADA lagi pelantikan politik. Itu janji bersemut yang disuapkan kepada rakyat sebelum 9 Mei tahun lalu.

Sudah berapa kali mereka langgar janji itu seperti pelantikan Latheefa Koya dari PKR menjadi Ketua SPRM.

Kali ini Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terang boleh melanggar janji yang mereka tabur kepada rakyat.

Isu pelantikan 13 ahli Armada bagi mengisi jawatan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS di negeri-negeri kecuali Sarawak kecoh diperkatakan.

Menteri Belia dan Sukan itu masih membisu isu itu tetapi timbalannya, Steven Sim pula tampil pertahankan jaguh debat yang dibangga-banggakan sebelum menjadi menteri.

Kata Steven, pelantikan itu tak salah dan ikut prosedur perkhidmatan awam.

Malah katanya, tiada keperluan untuk semak latar belakang setiap 13 ahli Bersatu itu.

Tapi bila ditanya tentang amalan kronisme, senyap pula Steven tidak menjawab.

Mujurlah Facebook Pemuda UMNO Tebrau pantas mendedahkan perbuatan jijik Syed Saddiq ini.

Mereka memohon agar SPRM segera siasat sama ada Syed Saddiq salah guna kuasa kerana hampir semua pegawai itu adalah ahli Ketua Armada Bahagian dan Exco Armada Nasional.

Adakah ini satu kebetulan atau memang syarat perlu jadi ahli Armada Bersatu jika mahu jadi pegawai KBS?

Kalau bukan kronisme, mungkin ini lantikan politik.

Maka tidak hairanlah Majlis Belia Negeri Perlis (MBNP) kritik Syed Saddiq dalam isu pelantikan itu.

MBNP berkata pelantikan itu merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat yang sebelum ini dijanjikan tiada lantikan politik dalam organisasi itu.

Katanya, sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh mereka yang benar-benar layak, bukannya terdiri daripada rakan-rakan menteri berkenaan.

Jangan membisu wahai pendebat terkemuka. – 22 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.