PENGERUSI, Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff sependapat dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) dalam isu larangan tulisan jawi pada produk bukan Islam.

“Cadangan ini sememangnya tidak popular, malah menjumudkan inklusif dakwah, selain berisiko menambahkan lagi rencah perasaan perkauman.”

“Tetapi ia dilihat mampu menangani banyak isu berkaitan jika sekiranya diusulkan akta khas ke Parlimen,” kata Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Menurut Zailah, secara realitinya, tulisan Jawi jelas telah disalah guna, dimanipulasi dan menjadi unsur pemerdayaan terhadap pengguna. Di mana kepada masyarakat bukan Islam, tulisan Jawi telah diperlekeh hina serta diadu domba, dimomok dan difitnah kononnya ‘gerakan’ Islamisasi.

Katanya, Jika demikian buruk dan jahatnya tulisan Jawi, maka amat tidak wajar ia dijadikan hanya untuk melariskan produk yang tidak ubah seperti didagangkan atau dilacurkan.

Bagi beliau adalah tidak adil kerana pada suatu ketika tulisan jawi diperlekeh tetapi pada masa yang lain dijadikan ia alat tarikan dan keuntungan.

“Ia tidak harus digunakan sewenang-wenangnya tanpa pengertian, apatah lagi jika sekadar mengaburi mata pengguna secara salah dan menipu,” katanya.

Zailah juga berpendapat penggunaan logo Halal JAKIM juga wajar dipinda yakni tidak menggunakan kaligrafi Jawi bagi perusahaan, premis atau produk bukan dimiliki Muslim.

“Banyak kecurangan dalam perniagaan yang memperalatkan Jawi mahupun logo Halal masih berlaku, sedangkan penguatkuasaan pula tertakluk kepada aduan.”

“Lebih penting dari itu juga, ini adalah pendekatan ‘mendidik’ mereka yang selama ini sombong dan angkuh terhadap segala bersangkutan dengan Islam.”

“Moga ia jadi pengajaran dan mampu merasionalkan kembali tindakan emosi pihak terbabit,” kata Zailah lagi.

Sebelumnya, Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris mencadangkan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bukan Islam kerana tulisan jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna dengan status halal sesuatu produk. – 22 Ogos 2019

3 COMMENTS

  1. Kenapo pula gitu?apa salahnya klu guna tulisan jawi,meskipun non produk muslim jika ada permintaan?yg penting bukan tulisan jawi tu sgt,tpi yg lebih utama ialah perisian produk tu,kndungnnya,-tulisan jawi tu berasal-usulkn dri tulisa bngsa arab,,,oleh krna secara kebetulannya Mlayu juga ada terdpt edisi jawi itu bukan masalahnya,,serupala juga kelugrafi kaum china,bukan bermksud agma mreka,tpi lebih kpd seni bhsa,,,,…shj.tak salah klu nak di gunaknnya,dgn syarat boleh di fahami oleh semua warga M’sia..&di luluskn oleh JAKIM…

  2. Justru itu itulah tulisan jawi khot,adalah rasional jika di ajarkn sekurang2 besik kpd kaum non muslim,sek2 mereka,klu zaman kesultanan kegemilangn Melaka raja2 mlayu menggunakn tulisan jawi ddlm perlembgaannya,&surat2 perjanjian dgn british di tulis ddlm tulisan jawi,,mengapa skrg segala teknologi canggeh telah wujud kita xx membenarkn penggunaannya?yg penting kita wajib memberi pendidik sekurang2nya sivik,kpd non muslim,,berhubung hal tersebut agar mereka faham &tidak menyalahgunakn isu berkenaan,di samping itu,di ketatkn ethika undang2 penguatkuasaan…

  3. En yakin soleh…… Sekarang ni isunya bangsa bangsa bodo tu tak nak iktiraf tulisan jawi… Tapi kat produk subhah mereka guna tulisan jawi utk kelirukan pengguna islam dan akhirnya mereka kaya raya kaut untung asbab tulisan jawi tu…… Bukak sikit tempurung tu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.