SEORANG pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu disahkan ketika sesi soal balas kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694.

Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694?

Rosli: Ya, ada.

Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?

Rosli: Ada.

Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?

Rosli:Ya, lebih kurang.

Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?

Rosli: Ada.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – 22 Ogos 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.