YEW Wei Liang, 41 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, dua minggu lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6 di Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur menghala Seremban), antara pukul 1 hingga 2 petang, 10 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Arwah Syed Muhammad Danial ialah Pegawai Pelaburan di Maybank dan seorang hafiz al-Quran.

Arwah belajar di salah satu Maahad Tahfiz ahli PITAS di Shah Alam.

Syed Muhammad Danial Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Datuk Lokman Noor Adam membuat satu laporan polis terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan, ASP Siti Sarah Aisyah Saad.

Dalam laporannya, Lokman mahu supaya video penuh yang dirakam isteri tertuduh didedahkan sepenuhnya supaya tidak berlaku gambar-gambar terpilih sahaja.

Menurut Lokman, gambar pegun yang didedahkan sebelum ini seolah-olah memihak kepada tertuduh.

Kata Lokman lagi, jika gambar Syed Daniel boleh ditularkan, tidak ada sebab pihak polis tidak boleh menularkan video penuh insiden terbabit bagi menghentikan spekulasi di media sosial yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Sementara itu, beberapa hari selepas kejadian satu petisyen dilancarkan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian Syed Muhammad Danial.

Petisyen itu dinamakan ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ yang dibuat oleh Muhammad Al-Hakim Sayed Nasir. – 22 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.