PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa Dr Zakir Naik akan terus berada di Malaysia.

“Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya.

Sebelum ini, ramai pemimpin DAP mendesak supaya Malaysia mengusir Zakir Naik dengan pelbagai alasan yang dicipta.

Pendirian Tun Mahathir itu sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada pihak yang mempertahankan tokoh perbandingan agama itu.

Namun, sebelum itu pihak polis telah mengeluarkan arahan bahawa Zakir Naik tidak dibenarkan berceramah di seluruh Malaysia atas sebab-sebab keselamatan.

Menurut polis, larangan itu dikenakan sehingga siasatan selesai.

Sebelumnya Zakir Naik memohon maaf jika ada ucapannya menyinggung perasaan sebahagian rakyat Malaysia.

Namun pada masa yang sama Zakir Naik mahu semua pihak melihat keseluruhan ucapannya supaya memahami apa yang sebenarnya diucapkan.

Kontroversi yang berlaku disebabkan tindakan sesetengah media yang memutarbelit ucapan beliau. – 22 Ogos 2019

3 COMMENTS

  1. I feel happy for Dr.Zakir Naik. At last, God showed his mercy and the good heaven smiled on him. Truly, he is an intellectual giant. At the moment, no one can match him in this country. Keep up the good work Dr. Naik! Salam 1Malaysia and Hidup Tanah Melayu!

  2. Terima kasih Dr naik kerana beri pencerahan semua persoalan saya selama ini…… Kebenaran itu amat manis bagi yang mencari dan menjumpainya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.