TIMBALAN Ketua Bahagian UMNO (Kuala Terengganu) mendakwa isu Dr. Zakir naik dan tulisan Jawi seolah-olah melindungi kes video intim yang melibatkan menteri Pakatan Harapan (PH) dan kes rogol ADUN (DAP).

Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, isu Zakir dan jawi seolah-olah untuk mengaburi kes berlaku dalam PH dan tidak perlu diperbesarkan oleh pemimpin kerajaan PH.

“Senario politik negara semakin hari dilihat semakin meruncing.

“Berlakunya pelbagai isu politik dalaman seperti ucapan Zakir dan isu Jawi yang ditentang oleh pertubuhan Cina dan India.

“Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu haruslah bersatu padu dalam memperjuangkan isu yang berkaitan kepentingan orang Melayu Islam di negara ini,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan PH adalah punca kepada perpecahan perpaduan kaum dan keharmonian negara kerana tidak mempunyai ketegasan dalam mengawal krisis yang berlaku.

Tambah Najmil, beliau memberitahu bahawa kerajaan PH mempunyai kuasa namun, tidak berusaha untuk melindung kepentingan orang Melayu dengan mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong yang mengancam hak orang Melayu di negara ini.

“Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan terus konsisten dalam membela hak bangsa Melayu.

“Melayu semakin terjejas kerana kerakusan kerajaan PH yang mengancam hak serta kepentingan kaum majoriti itu,” ujarnya. – 22 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.