AHLI Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik mahu umat Islam Melayu bersungguh-sungguh jika mahu memboikot perniagaan Bangsa DAP.

“Jika mahu boikot barangan keluaran dan edaran bangsa DAP, boikot betul-betul. Biar sumber ekonomi mereka lumpuh.”

“Biar mereka tahu kita yang tolong mereka selama ini bukan mereka yang tolong kita. Bila mereka sudah senang lalu dihina dan dimakinya agama dan bangsa kita,” catatnya dalam Facebook.

Tetapi katanya, kempen boikot itu disasarkan kepada Bangsa DAP yang kini begitu ketara memusuhi Islam, Melayu, hak istimewa Melayu, Bumiputera dan sebagainya.

J”Bukan semua Cina bersikap tidak mengenang budi seperti DAP.

“Kita tolak DAP kita bukan tolak Cina,” tegasnya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa pada masa yang sama peniaga Muslim tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ke tahap melampau.

Hal ini kerana, jika itu berlaku katanya, perniagaan DAP yang hampir mati akan hidup semula kerana orang Melayu tiada pilihan.

Katanya, kalau mahu berjuang (boikot) semua pihak perlu melakukan pengorbanan untuk berbelanja lebih membeli produk Bumiputera dan Muslim.

“Pengguna Muslim kena berkorban, walaupun produk Muslim mahal 10 sen daripada produk DAP.

“Yang berniaga pula perlu berkorban dengan tidak mengambil untung yang melampau. Kalau semua sanggup berkorban baru boikot ini akan berjaya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) mencadangkan supaya tulisan jawi pada logo halal hanya dibenarkan pada produk keluaran Muslim.

Cadangan itu ekoran penolakan DAP dan Dong Zong terhadap pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah-sekolah vernakular. – 23 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.