PEMIMPIN DAP terang-terangan menunjukkan sikap hipokrit dalam pendirian mereka kerana enggan bercuti atau berehat daripada tugas apabila berdepan pendakwaan di mahkamah.

Sikap itu ditunjukkan oleh EXCO Perak, Paul Yong Choo Kiong yang bertegas tidak mahu bercuti walaupun sudah didakwa di mahkamah kerana kes rogol seorang amah Indonesia.

Malah tanpa perasaan malu dan rasa bersalah, EXCO DAP itu bertegas mahu meneruskan tugasnya seperti biasa sedangkan kes yang dihadapinya amat berat.

“Saya mesti (meneruskan tugas), saya tidak buat apa-apa dan mengapa saya perlu bercuti? Saya bukanlah penjenayah dan hukuman juga belum dijatuhkan.

“Saya masih lagi Exco kerajaan negeri, rakyat telah memberi mandat dan saya akan meneruskan perkhidmatan untuk mereka,” katanya.

Pendirian itu berbeza ketika mereka menjadi pembangkang dan sering mendesak pemimpin kerajaan untuk berehat atau bercuti apabila dikaitkan dengan kes mahkamah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu juga mempersoalkan tindakan pihak polis sepanjang mengendalikan siasatan kes berkenaan yang didakwa dilakukan secara tidak profesional.

Katanya, kertas siasatan kes tersebut telah dipulangkan kepada pihak polis sebanyak tiga kali namun dalam tempoh itu pasukan penyiasat tidak memanggilnya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kalau polis menjalankan siasatan dengan profesional, maka saya tidak akan dituduh di mahkamah seperti hari ini.

“Siasatan belum dibuat dengan sempurna, cuma dengar satu pihak di mana polis telah anggap pembantu rumah itu sebagai mangsa dan saya pula sebagai penjenayah. Ini adalah tidak adil. Siasatan kena buat secara menyeluruh,” katanya. – NTHQiBord, 23 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.