TINDAKAN mengibarkan bendera terbalik secara sengaja di beberapa negeri merupakan isyarat ancaman agenda komunis di negara ini, kata Dato’ Azwanddin Hamzah.

Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu berkata, perbuatan jijik itu adalah satu gerakan sosialis menyamai ideologi komunisme yang berpusat di Rusia.

Jelasnya, sejarah gerakan politik aliran sosialis di Tanah Melayu sering digambarkan mempunyai persamaan dengan fahaman politik komunis Marxisme dari Negara Russia dan ia amat merbahaya terhadap keselamatan negara.

“Gerakan itu sudah menyusup masuk ke Malaysia secara halus dan didalangi oleh parti politik yang berpaksikan fahaman komunis di negara ini.

“Segalanya bermula dengan gerakan bendera hitam oleh taikun pro-DAP disusuli dengan kejadian bendera terbalik dipasang di kilang antarabangsa, sekolah sehinggalah ke rumah-rumah pangsa.

“Gerakan ini adalah gerakan yang terancang dan sekiranya tidak dihalang, agenda ini akan terus merebak ke semua negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam bulan kemerdekaan ini, sejumlah kes bendera terbalik melibatkan syarikat dan individu di seluruh negara dilaporkan sejak beberapa hari lalu.

Walaupun isu ini sudah tersebar di media massa dan media sosial, tetapi kejadian kibar bendera terbalik masih berulang dan berlaku seolah-olah pihak yang terlibat sengaja mencabar kedaulatan negara. – NTHQiBord, 23 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.