MUFTI Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan kewujudan perkhidmatan teksi motosikal (GO-JEK) boleh mengundang fitnah.

Menurut beliau, tindakan kabinet bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan itu adalah tidak sesuai kerana penunggang Go-Jek kebanyakannya adalah lelaki manakala, pelanggan pula boleh terdiri daripada wanita.

“Go-Jek dilihat tidak sesuai kerana penunggang dan pelanggan adalah bukan mahram.

“Ini sama juga dengan keadaan sekiranya penunggang wanita dan pelanggan adalah lelaki dan tetap bukan mahram.

“Keadaan ini jelas menunjukkan tidak sopan dan tidak bercirikan Islamik.

“Menaiki motosikal bersama bukan mahram adalah tak diharuskan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Tamyes menyifatkan lebih baik perkhidmatan Go-Jek itu tidak dibenarkan yang sekali gus boleh mengelak berlakunya sebarang fitnah. – 23 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Tunjuk 4 saksi…benda belumpun aktif
    Otak sudah kuning.,Gajet Lelaki untuk Lelaki Gajet wanita untuk wanita…..fitnah lain tak berani sebut yg melibatkam menteri ,yg melibatkan rakyat miskin jadi yang pertama condem.,Club malam bertaraf star lagi mendatangkan ZINA ,tak pula berani suruh hapuskan jangan beri Lesen.

  2. Gojek?..pasti la ada kebaikkn dn keburukkn nye.terserahla pd org ramai.
    Tuhan bg kita akal.pengakutan awam bnyk.pilih la yg mn anda mahu.keselamatan diutamakn.
    Bukn org lain yg menentukn keselamatan kita.jd la pengguna bijak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.