SETIAUSAHA Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

Datuk Dr. Maamor Osman berkata, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu (Islam), Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.

Beliau menegaskan bagi menunjukkan bahawa PPIM akur dengan penolakan oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan tulisan jawi dalam kurikulum sekolah tahun depan.

“Jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.

“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey, kita boleh terima.

“Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluarga bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.

“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam dengan mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi,” katanya.

Tambah Dr. Maamor, kalau betul bencikan tulisan jawi jadi jangan diguna pakai tulisan berkenaan walau pada produk yang dikeluarkan mereka.

“Ini tidak patut dan kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.

Dr. Maamor menjelaskan tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama Islamik kerana untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.

“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.

“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – 23 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Betul betul betul…. jangan sesekali guna tulisan jawi pada prodak patel ke sepet cina laanatullH sesekali.ini bila nak kaut untong biar bangsa melayu beli guna tulisan jawi mengeliru kan rakyat. boleh berambus lah haramjadah punya bangsa tak sedar diuntong

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.