PEMBANTU Zakir Naik mempersoalkan kewajaran pihak polis melarang penceramah itu daripada berdakwah dan mengadakan ceramah di negara ini dalam semua bentuk platform.

Larangan ceramah itu termasuk melalui laman media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram.

Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berkata, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador harus menjelaskan undang-undang yang dijadikan alasan larangan berkenaan.

Beberapa hari yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang penceramah terkenal Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Dalam notis edaran dalaman secara rahsia pasukan itu, arahan dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dan menyatakan tindakan berkenaan diambil demi keselamatan negara.

Menurut Zamri, penganjuran kumpulan lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) sebaliknya dibenarkan mengadakan himpunan di negara ini.

Penganjur juga hanya perlu memohon permit untuk meneruskan himpunan, dengan syarat-syarat mudah yang harus dipatuhi.

Mengikut Akta Himpunan Aman 2012, Bahagian IV 10(e), penganjur perhimpunan seperti LGBT hanya perlu menyerahkan nama dan alamat penceramah pada program tersebut.

Pada 9 Mac baru-baru ini, perhimpunan LGBT dibuat tanpa sekatan sempena Hari Wanita Sedunia, yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Akademik serta Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam). – 23 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.