PENGANJUR himpunan bantah jawi dan Dr Zakir Naik melampaui batasan undang-undang apabila mahu meneruskan agenda mereka itu di Brickfields esok.

Polis sudah mengesahkan notis daripada penganjur ‘Say No to Zakir Naik, Racial Discriminations, Equal Rights to Indians & Other Races’ tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

Katanya, notis tersebut mengikut seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan himpunan di Little India, Brickfields pada pukul tujuh petang, 24 Ogos.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai himpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” kata pemangku Ketua Polis Brickfields Arifai Tarawe dalam kenyataan, semalam.

Arifai juga menggesa orang ramai agar tidak menyertai satu lagi himpunan pada hari ini berkenaan isu sama, atas sebab notis yang diberi juga tidak lengkap.

Himpunan hari ini adalah bagi membantah pembelajaran jawi di sekolah vernakular dan menggunakan perkataan Puratchi atau revolusi pada posternya.

Penganjur himpunan Shankar Ganesh berkata himpunan itu akan diteruskan tanpa masalah.

“Himpunan akan diteruskan. Kami telah bertemu Menteri Wilayah Khalid Samad di Putrajaya hari ini (semalam) dan dia setuju untuk terima memorandum kami pada pukul lima petang Sabtu ini,” katanya.

Bagaimanapun seorang pembantu Khalid berkata dia tidak tahu-menahu tentang pertemuan itu dan tidak dapat mengesahkan sama ada ia benar. – 23 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.