PERSOALAN yang kita harus rungkai dan perlumatkan agar kita tidak terjerumus dalam senario politikus-politikus bacul yang sedang ”membumi hanguskan” Malaysia.

Lama AMBO tidak menulis artikel kerana kekhuatiran tulisan-tulisan AMBO akan menambah parah kepada menghidupkan api perkauman yang bakal memusnahkan keamanan dan keutuhan negara kita.

Tetapi tanpa menulis untuk memahamkan rakan dan sahabat yang mungkin terlepas pandang sudut sebenar isu yang berlaku memanggil untuk AMBO kembali berkongsi pemahaman dan pembacaan AMBO mutakhir ini.

Membaca beberapa rujukan buku berkaitan pemahaman dan ‘Ritual’ yang dilakukan golongan komunis dan khususnya zaman beberapa tokoh besar komunis dunia seperti Mao Zedong (Republic Rakyat China) dan Nikita Khrushchev (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) menceritakan bagaimana pemikiran mereka dan signal-signal yang mereka pakai untuk berkomunikasi dengan sesama fahaman.

Tetapi bukan sejarah mereka yang AMBO mahu bincangkan tetapi dalam soal tajuk tulisan AMBO berkaitan perangai jahat menerbalikkan Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) dalam bulan kemerdekaan negara. Apakah pembaca merasakan ianya hanya masalah terpencil atau hanya sebagai satu kebetulan?

Jawapannya, AMBO ialah tidak dan bukan kebetulan mahupun masalah terpencil kerana ia pernah berlaku dalam penaklukan komunis terhadap kawasan-kawasan atau kampung-kampung atau lebih kepada kawasan puak atau pergunungan yang ditakluki kaum tertentu.

Pada tahun 1950 hingga 1960 dimana Komunis Dunia berdepan krisis ideologi antara Komunis Soviet dan Komunis China dan gerakan mereka ialah menakluki sebanyak mungkin pergunungan yang ditakluki bangsa-bangsa atau puak-kuak suku kaum yang berbeza.

Apabila mereka berjaya menakluki kaum dan puak-puak tertentu maka bendera puak yang tewas dikibarkan secara terbalik dan diwarna hitamkan dibeberapa sudut(dalam bendera atau lambang) dan dikibarkan dikawasan tinggi agar boleh dilihat oleh semua orang dan ia juga menjadi signal atau satu isyarat kepada kumpulan mereka yang lain bahawa tanah ini telah ditawan oleh mereka.

Taktik dan signal ini jelas tertulis dalam buku tersohor seorang pakar peperangan sebelum masihi seperti Sun Wu atau dikenali juga sebagai Sun Tzu atau Sunzi dan yang lebih meyakinkan AMBO menerbalikkan bendera ini ialah amalan komunis ialah apabila merujuk sebuah lagi buku juga Sebelum Masihi (544 – 496 SM) tetapi ianya merupakan sebuah treatis peperangan yang ditulis Sun Bin juga dikatakan saudara Sun Tzu telah dijumpai pada tahun 1972 dan sahkan ketulenan treatis tersebut.

Ia menjadi rujukan kepada negara barat dan khususnya pemikiran haluan kiri (Komunis Moden) juga menyatakan hal yang sama apabila berlaku penaklukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu maka bendera atau lambang puak yang ditakluki akan dikibarkan secara terbalik dan beberapa penjuru atau sudut bendera atau lambang itu akan dihitamkan.

Apa yang berlaku di Malaysia juga merupakan perkara yang sama. Menerbalikkan bendera dan mewarnakan jalur putih kepada hitam yang dilakukan Tan Sri Lee Kim Yew merupakan ancaman jelas Bangsa BiaDAP kepada seluruh umat Melayu Islam dan Bumiputera yang menjadi Tuan Tanah Melayu ini bahawa Malaysia sudah ditakluki. ‘Ditakluki oleh siapa?,’ Tanah Melayu ini telah di Takluki oleh bangsa mereka iaitu Bangsa BiaDAP.

Lagi meyakinkan kita apabila tidak ada satu kes pun dalam isu menerbalikkan bendera dan mewarnakan bendera dengan warna hitam ini dari kalangan orang melayu atau bumiputera.Semua kes menerbalikkan bendera dan mewarnahitamkan bendera ini dari kaum cina. Kebetulan?

Pembaca boleh menjawab sendiri, justeru itu apakah kita Melayu Islam Bumiputera masih mahu melihat Bangsa BiaDAP ini dengan beraninya mencabar dan mewujudkan provokasi terbuka sehingga membaculkan dan mendayuskan kita?Apakah kita masih mampu memaafkan mereka dalam keadaan mereka terus-menerus mencabar dan menghina kita?

Kita bukan mahu berperang.Kita mahukan sebuah negara yang aman kerana nikmat ini kita telah kekalkan lebih 60 tahun.Kita mahukan sebuah negara yang antara kaumnya boleh saling menghormati sesama kita.
Ketegangan antara kaum ini berlaku selepas Bangsa Chavinist BiaDAP memerintah negara.Sorang demi sorang.Tak cukup dengan politikus mereka libatkan tycoon-tycoon kaya dari Bangsa BiaDAP ini untuk menghina kita.

Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan kita Bangsa Melayu bersatu tanpa mengira perbedaan politik kepartian.Bukan masanya kita bertelagah.Bukan masanya kita membezakan warna bendera parti.Apa yang boleh menyatukan kita ialah Bangsa Melayu sedang di halau oleh Bangsa BiaDAP dari tanah kita sendiri.

Apa yang kita harus lakukan ialah mendesak dan berharap Ketua Polis Negara jangan berpolitik dalam menjaga keamanan dalam negara.Ini soal bagaimana Pihak Polis atau PDRM mengambil tindakan perlu sebelum sesuatu perkara yang lebih teruk dan tidak terkawal berlaku.

Mana-mana parti politik yang bersekongkol dengan Bangsa BiaDAP ini harus kita tentang dan tolak.Melayu Islam harus bangkit untuk menyedarkan saudara-mara,anak-anak,jiran dan rakan sekeliling supaya kita bersatu menolak Bangsa BiaDAP ini dengan apa cara sekali pun.Cukup lah.

Ini bukan kebetulan tetapi perancangan rapi Bangsa BiaDAP yang sedang menunjukkan belangnya.Sedang menzahirkan kejahatan dan kerakusan sebuah pemikiran KOMUNIS MODEN di Tanah Melayu. – 23 Ogos 2019

WAN KHAIRUL IHSAN
Penganalisis Politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.