PEMIMPIN DAP, yang juga merupakan Exco Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak hari ini atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibaca di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Choo Kiong didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, pada 7 Julai, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam.

Terdahulu, mangsa yang merupakan pembantu rumah warga Indonesia berkata bersedia untuk menghadapi proses perbicaraan di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia yang ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.

Wakilnya, Sabda Tian berkata, keadaan mangsa berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada dibawah pemantauan Kedutaan.

Image result for amah rogol exco

“Keadaan mangsa semakin membaik dari segi mental dan moralnya, dia juga siap dan kuat untuk hadapi proses sidang (perbicaraan) seterusnya,” katanya.

Katanya, kes-kes seumpama itu sememangnya akan diberikan perhatian serius oleh pemerintah Indonesia terutama membabitkan pekerja domestik.

“Kita ikuti kes ini sejak awal dan sudah tentu harapan kita di pihak Indonesia sangat tinggi, namun kita serah segalanya kepada Malaysia untuk mengendalikannya,” katanya. – 23 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. kalau dah kafir harbi tak tahu halal haram merogol. pas tu ada pulak puak2 DAPig yan membela kononnya tidak merogol. cuba kena kaum dia. tak buat pon sampai mampos disuroh cari bukti pas tu menipu buat buat ada kes. dasar bangsa barwa laanatullah kafir laknat memang tak boleh dibuat baik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.