PELAKSANAAN GoJek, yang dibentangkan kepada kabinet baru-baru ini oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu diperhalusi, sebelum di muktamadkan untuk dilaksanakan di Malaysia.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dira Abu Zahar, biarpun pelaksanaan perkhidmatan teksi bermotosikal ini berniat baik, namun pelaksanaannya perlu diperhalusi dengan mengambil kira beberapa perkara penting.

“Pelaksanaan GoJek niat yang baik, cuma perlu perhalusi implementasinya. Kerajaan perlu kaji kesan dan akibat seperti keselamatan dan tahap keperluan, environment defects dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi NTHQibord.

Menurut Dira, budaya bonceng di Malaysia juga masih asing berbanding negara jiran, kerana terikat dengan perkaitan pertalian mahram.

“Budaya bonceng dengan orang asing di Malaysia dan di Indonesia agak ada bezanya. Lelaki dan perempuan bukan mahram, aurat dan sebagainya masih tidak boleh di banding tarakan kerana tidak sama konsep antara dua negara ini,” katanya.

Indonesia, negara sulung yang melaksanakan GoJek sinonim dengan budaya ‘bonceng’ sejak dahulu, bagi mengurangi masalah kesesakan jalan raya di Jakarta.

Manakala di Malaysia, budaya ‘bonceng’ dengan orang asing dianggap baru kerana menaiki motosikal tanpa pertalian darah adalah ‘tabu’.

Dira juga menambah, kerajaan juga perlu menitikberatkan soal keselamatan memandangkan kemalangan melibatkan motosikal di Malaysia sangat tinggi.

Saban tahun, kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal meningkat di jalan raya walaupun pelbagai kempen pencegahan dijalankan.

” Untuk peluang pekerjaan kepada belia, banyak lagi industri yang memerlukan masih belum mendapat perhatian (sewajarnya),” katanya lagi.

Terdahulu, hasil culaan Berita Harian juga mendapati netizen juga memberi reaksi negatif kepada pelaksanaan GoJek kerana merasakan jenama itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Berdasarkan culaan yang dijalankan menerusi laman Twitter dan Facebook BH sejak jam 10 malam semalam sehingga jam 2 petang hari ini, 59.5 peratus atau 8,093 daripada 12,651 responden menolak idea pelaksanaan itu.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Yeng Yong Yang, berkata GoJek hanya bakal mencetuskan impak negatif sekiranya dilaksanakan, khususnya membabitkan peningkatan kes jenayah seperti rompak, ragut dan rogol di negara ini.

“Tak naik GoJek pun kena rompak, kena samun, kena ragut. Kalau naik GoJek, silap hari bulan dengan penumpang-penumpang kena rogol kalau perempuan. Kalau di Thailand, sekurang-kurangnya boleh naik tiga orang satu motosikal.

“Di Malaysia mana boleh, rasa macam kes jenayah akan makin meningkat dengan cara mudah,” katanya. – 23 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. I agree with her as her arguments hold water. If ‘gojek’ is allowed many things can go ‘rojak’ in this country. I expect sex related crimes will increase in this country. As she has stated correctly, this culture will go against the Islamic values. The government has to debate over ‘gojek’ more seriously before it makes a decision.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.