TINDAKAN pemimpin DAP, P Ramasamy mempersoalkan Perdana Menteri (PM) tidak mengambil tindakan ke atas Dr. Zakir Naik mengundang tanda tanya.

Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan tindakan pemimpin itu lebih kepada menunjukkan ketaatan kepada PM India berbanding di Malaysia.

Firdaus Wong berkata, hal ini berikutan Ketua Polis Negara (IGP) sudah memberi amaran keras supaya tidak ada lagi isu perkauman dan agama namun, beliau dilihat masih meneruskan tindakannya itu menerusi wawancara dengan media India.

“Inilah yang dikatakan lebih taat kepada PM India berbanding PM Malaysia.

“Setelah IGP beri amaran jangan provokasi perkauman dan agama lagi, beliau terus menyebarkan fitnah menerusi wawancara dengan media India,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Selain itu, Firdaus Wong turut mempersoalkan sudah beratus laporan Polis dilakukan ke atas Ramasamy atas kebebasan beliau berkata-kata namun masih tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap beliau.

“Sudah beratus laporan polis dilakukan ke atas Ramasamy, kenapa beliau masih bebas menonjolkan keceluparannya?

“Jikalau beliau menafikan beliau hanya terlibat dengan LTTE menjadi agen pendamai, apa pula penjelasan Ramasamy yang juga terlibat dengan TGTE yang merupakan cabang dari LTTE yang telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Sri Lanka?,” katanya.

Tambah Firdaus Wong, beliau berharap agar polis melakukan siasatan dan dakwaan melibatkan Ramasamy dan konconya.

“Mohon PDRM segerakan tangkapan dan siasatan serta dakwaan ke atas Ramasamy dan gengnya.

“Apakah mereka ini kebal dari tindakan undang-undang?

“Yang lemah dihukum dan yang berkuasa dan berharta terlepas?

“Kenapa Ramasamy and the geng kebal sangat?,” ujarnya. – 23 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. JAWAPAN DIA TIDAK BOLEH DIGUGURKAN.MESTI DISIASAT DAN MENJALANI HUKUMAN MENGIKUT UNDANG UNDAN JIKA BERSALAHTAK KIRA DIA YB ATAU MENTERI.DIA BUKAN KEBAL.DISIASAT JUGA DIBAWAH SOSIAL KONTREK

  2. Betul tu saya mengaku alukan agar dia ramasamy disiasat kerana tak habis habis.keceluparan nya sehingga tiada adab dan tatasusila terhadap apa yg telah diputus kan Perdana menteri iaitu ketua nya sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.