‘BILLBOARD’ atau papan tanda tidak guna Bahasa Melayu semakin banyak dipasang di Malaysia Baharu.

Terbaru adalah papan tanda yang terdapat di Kluang, Johor.

Papan tanda itu hanya menggunakan Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil, bagi mempromosikan Kluang melalui kempen ‘Wonderful Night’.

Tidak ada satu pun perkataan Bahasa Melayu pada papan tanda berkenaan.

Sebelum ditanggalkan pihak berkuasa

Papan tanda yang terletak di persimpangan jalan di satu kawasan di Kluang itu mendapat bantahan netizen apabila bertindak menularkannya di media sosial.

Setelah mendapat kecaman, papan tanda itu akhirnya ditanggalkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun, perkara yang paling dikesalkan adalah terdapat papan tanda serupa dalam versi Bahasa Melayu telah pun dipasang sebelum ini pada tempat yang sama.

Ia jelas kelihatan apabila petugas pihak berkuasa tempatan menanggalkan papan tanda tersebut dan memperlihatkan papan tanda asal dalam versi Bahasa Melayu.

Kluang adalah sebuah daerah yang mempunyai kependudukan Melayu yang tinggi dan negeri Johor pula ditadbir oleh seorang Menteri Besar berbangsa Melayu.

Pihak berkuasa tempatan mahupun pihak pengiklan tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan Bahasa Melayu dalam sebarang bentuk cetakan am kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi seperti yang terdapat dalam perlembagaan. – 24 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.