DAP adalah parti yang paling lantang dalam membantah pelaksanaan jawi di sekolah.

Mereka dipercayai menggerakkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk mendesak kerajaan bagi membatalkan pelaksanaan pembelajaran khat dalam tulisan jawi di sekolah.

Antara kumpulan pendesak yang terus menerus mendesak adalah kumpulan ‘Puratchi’, yang mengadakan himpunan petang semalam di Brickfields.

Menurut penganalisis politik, Kamarul Yusoff, perhimpunan bantah tulisan jawi di Brickfield didokong oleh DAP kerana kemunculan pemimpin utama DAP negeri.

“Pelik bagaimana pemimpin sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada pemerintah di peringkat pusat dan di peringkat negeri boleh melibatkan diri,” tulis Kamarul.

Naib Pengerusi DAP Selangor merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Ganabatirau Veraman dilihat turut sama mengetuai perhimpunan tersebut.

Ganabatirau malah dirakamkan memberi kenyataan di lokasi perhimpunan di Brickfields dan berucap mengenai prinsip mereka yang menentang pembelajaran jawi.

Antara pemimpin DAP lain yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie mendedahkan, beliau sedang berusaha untuk membebaskan salah seorang peserta perhimpunan yang ditahan malam tadi, iaitu Tan Boon Tak.

Kamarul juga mempersoalkan saluran kerajaan yang sudah tidak lagi berfungsi apabila terdapat penglibatan pemimpin DAP di dalam sebuah himpunan yang bersifat perkauman.

“Apakah saluran dalaman kerajaan dan parti sudah tidak berfungsi lagi?”

“Sehingga menyebabkan pemimpin kerajaan yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaannya sendiri sanggup melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman)?” soal Kamarul.

Semalam, himpunan ‘Puratchi’ diadakan dengan jumlah peserta kurang 2,000 di Brickfields Kuala Lumpur.

Himpunan itu adalah bagi membantah pembelajaran khat dalam tulisan jawi untuk pelajar tahun empat sekolah vernakular.

Biarpun kerajaan telah memuktamadkan pembelajaran jawi adalah pilihan, bantahan demi bantahan tetap diteruskan pemimpin DAP dan kumpulan pro-DAP di negara ini. – NTHQiBord, 24 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Itu adalah bangsa yang tak boleh dibuat baik. bangsa haramjadah. Bangsa Melayu bumiputera terlampau jaga sansitiviti bangsa bangsa ini mengundang padah. segala apa yang Melayu buat semua tak kena. sedangkan ini Tanah Melayu. yang dikesalkan segelintir Melayu bertaraf pemimpin sanggup mengadai marwah bangsa dik kerana mengaut keuntongan sendiri. tidak memikirkan masa akan datang kepada cucu mereka. pengkhianat bangsa ini patut dihapuskan dahulu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.