BILA wartawan tanya mengenai kebimbangan mengenai Go-Jek dari sudut keselamatan terutamanya untuk pembonceng dari golongan wanita.

Tun jawab, “Kalau berasa tak selamat jangan naiklah, anda ada pilihan, kami tidak memaksa anda menaiki motorsikal”.

Maaf Tun, mungkin ada yang cakap jawapan macam ini bijak, ‘witty’ dan ‘common sense’ dan sebagainya.

Saya pula rasa jawapan ‘one-liner ‘begini kurang sesuai, nampak ambil mudah akan keselamatan rakyat dan paling utama ‘lacks of wisdom in implimenting new policies towards foreign business model di Malaysia’.

Sebabnya bila Tun jawab macam ini, banyak persoalan akan timbul dan menimbulkan kekeliruan.

Contohnya, adakah kini risiko keselamatan dan kemalangan yang berdegar-degar dipertahankan oleh YB menteri pengangkutan ketika mengulas mengenai DegoRide boleh diabaikan?

Dan kenapa ianya boleh diabaikan?

Adakah polisi kerajaan harini mengenai pengangkutan awam sudah bergerak keterbelakang iaitu daripada jenis berkenderaan yang lebih selamat bas dan keretapi yang juga lebih selamat dari kereta kepada yang lebih berbahaya dan berisiko tinggi seperti Go-Jek ini?

Sepatutnya, sekurang-kurangnya Tun bagilah jaminan seperti;

“Kita akan kaji mekanisma baru untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kemalangan,

“Kita akan wujudkan guidelines keselamatan kepada Go-Jek seperti jenis motorsikal, insurans, helmet, syarat-syarat penunggang, sekatan jenis barangan tertentu,

“Menyediakan program bersepadu bersama JPJ, APAD sebagai contoh untuk latihan keselamatan.”

Takkan kita tak belajar dan ulangi kesilapan dalam isu Grab PSV.

Sampai hari ini tak selesai dan, jangan sampai esok bila dah jadi isu keselamatan dan melibatkan nyawa, baru nak kaji semula, baru nak buat komiti jawatankuasa bagai.

Mulakan dari awal, kaji betul-betul bukan main sebat terus lulus.

Dan ‘why the rush’? Atau ada apa-apa?

Ni tak, bila orang tanya ‘a valid question’, mudah sungguh bagi ‘one liner’,

‘You taknak naik, tak ada siapa paksa’.

Tolonglah Tun. Anda bukan seperti Tom, Dick atau Harry di tepi jalan nak bagi komen macam ini.

Anda adalah Perdana Menteri, pembuat dasar tertinggi di negara kita.

Jadi jangan marah pula kalau ada yang nampak Tun sebagai tidak bertanggungjawab atau tidak telus bila membuat dasar berhubugn keselamatan rakyat.

Sekian. – 24 Ogos 2019.

KHAIRUL AZRI,
Pemerhati politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.