Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata DAP telah mendoktrinkan ke dalam pemikiran mereka bahawa Islam bersifat menindas bangsa lain.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki memberi tempoh tiga hari kepada Pos Malaysia Berhad untuk menarik balik kenyataan di Facebook susulan kiriman ugutan terhadap pembantu khas ADUN tersebut.

Menurut Siew Ki, beliau merasa kesal dan memohon agar Pos Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap mangsa dan ahli keluarganya.

Jelasnya, tindakan Pos Malaysia mengambil tindakan melulu dengan menafikan ugutan itu menyebabkan kenyataa Pos itu kini sudah dimanipulasi oleh warganet hingga mengerukan lagi keadaan.

“Pihak kami menghormati bahawa kes ini dalam siasatan polis dan kami berasa pihak Pos Malaysia juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Perkara tersebut akhirnya telah dimanipulasi oleh banyak pihak, seakan-akan pihak kami telah membuat laporan palsu.

“Pihak Pos Malaysia sepatutnya meneliti dahulu isu dan keadaan semasa sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi apabila siasatan polis sedang dijalankan,” katanya dalam satu laporan media.

Malah Siew Ki berkata, pihak Pos Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menolak tanggungjawab sebelum mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan secara dalaman.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pos Malaysia sekiranya pihak terbabit mengabaikan permintaan mereka sehingga tempoh yang diberi Isnin ini.

Sementara itu mangsa Lee Khai Ming dalam laporan media yang sama berkata, beliau berasa kesal dengan sikap Pos Malaysia yang telah menjawab pertanyaan netizen di laman sosial itu memberi gambaran seolah-olah laporan polis yang dibuat olehnya adalah rekaan semata-mata.

“Jawapan yang diberikan oleh Pos Malaysia itu akan mengundang pula tanggapan pihak lain hingga boleh menimbulkan isu perkauman.

“Saya ada bukti terhadap kiriman yang diterima oleh isteri saya berdasarkan rakaman CCTV di rumah menunjukkan sampul surat berisi keris diterima daripada posmen yang menghantarnya pada hari kejadian.

“Saya sudah serahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan tetapi apa yang dilakukan oleh Pos Malaysia dengan membuat kenyataan balas terhadap komen di Facebook, ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili mangsa Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menegaskan Pos Malaysia sepatutnya memberikan perkhidmatan berhati-hati ketika membalas kenyataan kepada orang awam.

“Sebab maklum balas yang diberikan adalah respon daripada pertanyaan orang awam disatu link berita.

“Pos Malaysia ataupun admin group itu perlu menilai keadaan semasa sebelum meberi apa-apa jawapan.

“Kita faham ini satu standard jawapan, tapi dalam masa sama sebelum beri apa-apa jawapan lebih-lebih lagi kes ini dalam siasatan polis mereka perlu berhati-hati.

“Tidak boleh beri kenyataan mudah sebab mereka perlu peka dan boleh baca keadaan semasa,” ujarnya.

Pada Mei lau, polis menahan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong berhubung siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan. – 24 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.