MT terbaca kenyataan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang menyebut nama Dato Sri Ismail Sabri (Ketua Pembangkang) dan Maszlee Malik (Menteri Pendidikan) dan mengarahkan pihak Polis menyiasat DS Ismail Sabri dan Mazlee Malik kerana kononnya dua pemimpin melayu mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

Pesan MT ialah, jika mahu menjadi ultra kiasu cina sekali pun jangan berpolitik seperti “Anjing Menyalak Bukit”.

Jika benar ada pihak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman seharusnya Dominic membuat laporan polis sendiri secara rasmi atau menyaman individu tersebut di mahkamah.

Siapa Dominic ni nak mengarah polis untuk siasat itu dan ini dan orang itu dan orang ini?

MT cuba mencari kenyataan-kenyataan DS Ismail Sabri dan tidak nampak apa yang di tulis merupakan satu perkara perkauman.

Kenapa bila timbul soal mempertahankan bangsa (Melayu) ianya dilihat perkauman walhal dalam kenyataan Dominic sendiri yang berbunyi “Saya harap Dong Zong tidak akan tunduk dengan tekanan dan pendapat umum.

GERAKAN akan menyokong Dong Zong berjuang untuk hak masyarakat cina” jelas lebih perkauman.

Memperjuangkan hak masyarakat cina bukan perkauman tetapi apabila ada pemimpin melayu yang mempertahankan budaya dan hak masyarakat Islam Melayu dalam isu Tulisan Khat dikatakan “perkauman”? Apa jenis pemikiran seorang presiden parti jika macam ni.

MT temui dan kongsikan untuk pamerkan balik perenggan dalam tulisan DS Ismail Sabri sebelum ini yang Dominic kata pemimpin melayu itu menyentuh isu perkauman.

Rakyat boleh menilai dan membuat perbandingan kenyataan ini dan kenyataan Dominic yang mana lebih perkauman.

Ini perenggan yang MT temui dalam blog DS Ismail Sabri:-

”Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam.

Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi ”Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.”

Selain itu boleh baca keseluruhan tulisan di Blog DS Ismail Sabri Yaakob di link dibawah ini kerana MT yakin bahawa DS Ismail Sabri tidak menyentuh soal perkauman tetapi mempertahankan hak bangsa sendiri dalam soal tulisan jawi dan tulisan khat.

Apakah itu merupakan kesalahan?

HARAMKAN DONG ZONG . PERTUBUHAN RASIS SEMPIT

MT ingin mengajak seluruh rakyat untuk melihat betapa mereka(Chauvinist Ultra Kiasu) Bangsa DAP ini sehati dan sepakat memperjuangkan hak bangsa mereka tidak kira dari parti mana sekali pun.

MT tidak melihat ianya sebagai kesalahan atas sifat kebersatuan mereka tetapi persoalan MT ialah apabila Bangsa Melayu Islam mempertahankan budaya,kesenian dan hak Melayu termasuk agama maka ianya terus dilihat sebagai perkauman atau rasist.

Orang Melayu memperjuang hak yang termaktub dalam perlembagaan yang masih tidak berubah dari merdeka.

Manakala Bangsa Chauvinist Ultra Kiasu ini memperjuangkan satu perkara yang tidak wujud dalam perlembagaan pun malah ianya telah melanggar Kontrak Sosial jika ianya terus di desak atau diperjuangkan.

Apakah Dominic rakyat berbangsa cina yang bukan warganegara Malaysia sehingga lupa dan tidak faham soal Kontrak Sosial?

Umat Melayu Islam harus bersatu dan sudah jelas apa yang berlaku hari ini apabila Presiden GERAKAN sendiri telah menzahirkan sokongan mereka kepada pertubuhan rasist dan perkauman seperti Dong Zong ini.

Harus kita ingat bahawa Dong Zong ini jugalah yang menjadi tulang belakang kepada Siqiu yang menuntut 83 perkara untuk kaum mereka dan 7 perkara jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.Dong Zong antara ribuan Hua Tuan Cina yang sepakat memperjuangkan Siqiu.

Justeru itu suka untuk MT mengingatkan Dominic agar menjadi Presiden parti yang lebih cerdik dan profesional.

MT hanya melihat beliau tidak lebih dari seorang presiden parti yang sedang mencari tuan untuk mendapat perhatian.

Jika seekor anjing yang mahu mendapatkan perhatian tuannya pasti ianya perlu melakukan adegan manja dan aktif di depan tuannya dengan harapan apa yang dia buat akan menarik perhatian tuannya dan diberi makan selepas menyalak dan melompat aktif.

Saya rasa Dominic sedang berusaha mendapatkan perhatian tuannya untuk terus berada dalam “main stream” politik negara kerana parti ini tidak mendapat perhatian dan sokongan walau dari kaum cina apatah lagi kaum melayu.

Ada baiknya juga sesekali Dominic membuat kenyataan seperti ini walau dilihat tidak cerdik.

Setidaknya rakyat masih tahu bahawa Parti Gerakan masih ada. MT khuatir ada sesetengah rakyat menganggap GERAKAN sudah berkubur atau telah digadai di mana-mana pajak gadai.

MEGAT TAWARIKH

Pemerhati Politik, 24 Ogos 2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.