SELALUNYA Brickfields dipenuhi oleh pengunjung dan ekspatriat untuk melawat kawasan Little India itu.

Kawasan pelancongan itu meriah dengan kepelbagaian makanan dan budaya masyarakat India, serta perjalanan perniagaan berlangsung dengan aman.

Namun, tidak sejak semalam.

Brickfields sepi dan sunyi, malah perniagaan mula suram.

Ini yang dikongsikan Jonathan Ramesh Raj melalui Facebooknya hari ini.

Menurut Jonathan, beliau merupakan pengguna malar yang kerap hadir ke lokasi itu.

Tinjauan beliau menunjukkan Brickfields mulai ‘nazak’ selepas himpunan semalam biarpun pada hujung minggu.

“Saya bertanya dengan beberapa pemilik perniagaan di kawasan itu dan setiap daripada mereka tidak berpuas hati kerana perniagaan mereka sedang terkesan dengan drastik.

“Majoriti daripada mereka adalah pemilik perniagaan etnik India,” tulisnya.

Jonathan juga mendakwa ia adalah disebabkan sikap pentingkan diri beberapa pertubuhan India yang menganjurkan Puratchi, sedangkan perbuatan itu telah merosakkan pelancongan dan perniagaan orang lain.

“Adakah penganjur yang hadir semalam sanggup membayar kerugian yang dihadapi?” soalnya.

Himpuran ‘Puratchi’ yang dihadiri kurang 2,000 orang menyebabkan pengunjung takut ke kawasan itu.

Rakyat Malaysia dan ekspatriat masih trauma dengan kekalutan yang berlaku tahun lalu di kuil Seafield yang mengorbankan seorang anggota bomba dan memusnahkan puluhan kenderaan awam.

Himpunan ‘Puratchi’ diadakan bagi membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah biarpun kerajaan telah menetapkan ianya hanya silibus pilihan.

Jika hal ini berlarutan, nescaya Malaysia akan berada dalam situasi paling buruk kerana bukan sahaja ekonomi fiskal di tahap teruk, malah pelancongan juga merosot atas perbuatan golongan tertertu yang pentingkan diri. – 24 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.