JIKA ada mana-mana pemimpin DAP berkata bapa atau datuk mereka adalah bekas perajurit yang memerangi penjajah, jangan cepat terpedaya.

Bapa atau datuk mereka mungkin ahli Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan tindakan pemimpin tertentu yang mengiktiraf ahli MPAJA sebagai pejuang tanah air sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata tindakan mengiktiraf MPAJA adalah sesuatu perkara yang tidak pernah dipersetujui tentera Malaysia.

Sebaliknya, MPAJA yang kemudian dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) ini adalah kumpulan radikal yang banyak mencetuskan huru-hara dalam negara.

“MPAJA ini wujud ketika pendudukan Jepun sewaktu era perang dunia kedua dan selepas tentera Jepun menyerah kalah.

“Kemudian, tentera British pula mengisytihar perang terhadap gerakan itu yang kemudian dikenali sebagai komunis.

“Siapa yang faham sejarah akan tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang dilakukan oleh gerakan komunis itu.

“Untuk mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang negara, sesekali tidak akan dipersetujui ATM,” katanya.

Terdahulu, pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming menulis ciapan di Twitternya agar datuknya dan juga datuk Hannah Yeoh wajar diberi penghargaan.

“Mendiang datuk saya dan @hannahyeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa perang dunia kedua.

“Bila Jepun menjajah tanah air kita, mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan ,” katanya.

Pemerhati politik, Megat Hisemudin pula membidas kenyataan Nga, dengan menyatakan bahawa nenek moyang Nga dan Hannah mungkin MPAJA yang kemudiannya membentuk pejuang gerila Parti Komunis Malaya. – NTHQiBord, 24 Ogos 2019.

13 COMMENTS

  1. Jepun sgt benci dn mmandang hina pd bangsa cina…sbb cina ini pengkianat..sampai skrg org jepun sgt benci dgn latok ngang ko meng dn hina yeoh…sbb mrk pengkianat…org melayu yg slamatkn org cina ini…skrg cina ini xsedar diri… Patut lh jepun tersangat benci dgn cina sampai skrg…bangsa yg xboleh d tolong…

  2. Kalau di indonesia keturunan komunis di tangkap..di malaysia keturunan komunis nak minta di iktiraf pejuang

  3. Beberapa anak2 kecil Cina diselmatkan wanita Melayu darpd dibunuh Jepun ketika Perang Dunia ke 2
    .ada dialog bermaksud Seperti mendokong biawak hidup…sekarang baru jelas kebenaran

  4. T’ksh Panglima ATM👍👍👍
    Memahami sensitiviti kmi keluarga pejuang Tanah Air.

    Mereka nk iktirafkan komunis tu pejuang!!!! Agak2 keluarga yg trkorban tu sanggup ke menerimanya.??? Jgn anggap kmi ini keluarga pejuang bolh terima mereka juga sbg pejuang😡

  5. Saya cuma ingin bertanya, PKM mula wujud tahun berapa ? MPAJA hanya aktf di tahun 1942 hingga 1945. Keanggotaan MPAJA adalah terdiri dari pelbagai bangsa dan juga mendapat sokongan dari British dan MCP. Perjuangan mereka adalah untuk menentang Jepun sebab itu dinamakan Malaysan People’s Anti Japanese Army..

    • PKM wujud pada tahun 1930. Diwujudkan oleh Moectarudin Lasso, ketua dan pendokong komunis Indonesia. PKM wujud untuk memperbesarkan kuasa Mao di bawah Empayar Komunis Nanyang. British gunakan PKM utk lawan Jepun menerusi bantuan taktikal, senjata dan kewangan tapi PKM tak lawan Jepun pun. Sebab itulah British tubuhkan Force 136 dan Wataniah yang anggotanya adalah Melayu.

      Falam MPAJA memang ada Melayu. Begitu juga dalam PKM menerusi Rejimen ke-10 sepertimana yang diterangkan oleh Musa Ahmad dalam satu temubual media dalam buku, Baling: Membuka Jalan Damai tulisan Wahba, Melayu hanya digunakan untuk propaganda bagi komunis mendapatkan sokongan dan bantuan makanan sahaja. Manakala orang seperti Mat Indera yang dilihat ada pengaruh agama, dibawa menyerang perkampungan Melayu seperti di Batu Pahat dan Sungai Manik dengan harapan orang Melayu tak balas balik srbab takut ketulahan.

      PKM dan MPAJA tak pernah berjuang untuk merdekakan negara ini atau rakyatnya tapi PKM dan MPAJA sama seperti tentera-tentera penjajah yang lain. Sebab itulah sampai mati, Chin Peng tidak pernah mendaftar sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia.

  6. MPAJA sebenarnya nak selamatkan orang cina dan balas dendam terhadap tentera Jepun..lepas Jepun kalah mereka muncul sebagai penganas kerana nak takluk Tanah Melayu..kerana mereka ada kekuatan sebagai penganas komunis dan ada senjata api.mereka ini ibarat anjing yang terlepas dari tersangkut…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.