KEBANGKITAN rakyat terhadap penguasa yang zalim dan membenci Islam kian memuncak.

Islam kini bagai dirobek tanpa belas kasihan, di bumi majoriti nya Islam itu sendiri.

Biarpun diperintahkan oleh seorang Perdana Menteri beragama Islam, paluan pemerintahan lebih banyak mengikut alur lidah bukan Islam.

Pakatan Harapan hari ini dipengaruhi oleh pemimpin kufar DAP yang bencikan Melayu dan Islam di negara ini.

Buktinya, pembelajaran jawi di sekolah dihina dan ditentang habis-habisan sedangkan ia cuma satu ilmu budaya berkaitan tamadun Islam di Tanah Melayu.

Lebih perit, pendakwah Islam Dr Zakir Naik dihalau oleh pemimpin Islam yang mengikut telunjuk DAP iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Rais Yatim dan Rafidah Aziz.

Tuan Guru Ustaz Mutalib melalui satu ucapan khutbahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jumaat, 23 Ogos turut menyentuh mengenai pemimpin kerajaan Pakatan Harapan dalam isu Dr Zakir Naik.

Beliau dengan nada sebak, menyampaikan bait terkilan dan sedih ke atas apa yang berlaku pada Dr Zakir, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Ucap beliau, tidak ada satu pun pemimpin Pakatan Harapan di negara ini, bersama Dr Zakir dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan.

“Mereka (DAP) menggunakan kuasa mereka, untuk menekan pemimpin lain agar mengusir Zakir Naik dari negara ini,”

“Mereka mahu memenjarakan Zakir Naik, dan kini pendakwah Islam tidak dibenarkan berceramah di seluruh Malaysia,” ucap Ustaz Mutalib.

Ustaz Zulkifli berkata, jika benar mereka yang membantah Dr Zakir berada di pihak yang benar, mereka sepatutnya berani berdebat dengan Dr Zakir mengenai agama.

“Panggil lah ahli-ahli cerdik pandai kamu, berdebat secara terbuka dengan Dr Zakir Naik,” katanya.

Namun sehingga hari ini, tiada satu orang pun individu yang menentang berani ‘bertentang mata’ dengan Dr Zakir, apatah lagi berdebat ilmiah dengan pendakwah terkenal itu.

Mereka lebih gemar menggunakan kuasa mereka, dan mempamerkan sikap keji di laman sosial untuk menyebarkan fitnah ke atas Dr Zakir.

Mereka turut mengadakan bantahan di jalanan, tanpa akal mereka yang Tuhan kurniakan untuk berfikir secara mendalam tentang teologi yang Dr Zakir bentangkan.

Mereka takut, risau dan tergugat andaikata anak cucu mereka terbuka kepada cahaya Islam melalui Dr Zakir.

Kerajaan Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP harus merasa malu kerana bukan sahaja tidak berani untuk berdebat dengan Dr Zakir, tetapi juga takut mempertahankan pendakwah itu bagi yang beragama Islam! – NTHQiBord, 24 Ogos 2019.

4 COMMENTS

  1. Kepada Kepala2 pemimpin umpas..klu betul Dr ZN seorang pejuang pendakwah islam yg termasur…benarkan ZN pulang ke negara asal..kenapa hendak takut.klu ZN akan dibubuh negara asal..ini kerja Allah.yg menentukan hidup dan mati..walau hebatnya seseorang pendakwah itu..mereka mesti perlu berkorban utk membersihkan dirinya..ini tidak terus lari dari negara asalnya India.. bagaimana orang melayu dan kaum lain. hendak menganggap DrZn seorang pendakwah kesejahteraan Islam sejati…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.