AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, Mokhtar Senik mendedahkan sikap sebenar DAP selepas memperoleh kuasa selepas menang dalam PRU14 lalu.

“Saya lihat DAP ini dengan semua orang mereka mahu bergaduh.

“Dengan bomba, sehingga kini kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim masih belum selesai, katanya

“Dengan tentera, mereka menghina dengan mengatakan tentera hanya kerjanya makan dan tidur.

“Dengan Pos Malaysia, mereka ugut supaya institusi itu menarik balik penjelasan berkenaan barang-barang yang tidak dibenarkan dalam urusan pengeposan.

“Dengan polis, memang banyak ugutan dikenakan kepada polis bermula di Temerloh Pahang sehingga dalam kes Paul Yong yang didakwa di mahkamah kerana merogol amah Indonesia.

“Dengan Sultan pun mereka berani bergaduh termasuk menggunakan proksi Wan Ji, yang menghina institusi itu melalui bahasa yang sungguh biadap.

“Maka tidak peliklah kalau DAP juga bergaduh dengan, Dr Zakir Naik, membantah tulisan jawi, mewarna hitam bendera Malaysia, menghina orang Melayu dan bergaduh dengan rakyat Indonesia (kes rogol),” kata Mokhtar.

Maka, kata Mokhtar lagi bukanlah sesuatu yang pelik jika DAP bergaduh dengan PAS dan para agamawan.

Sikap angkuh dan hanya merasakan mereka sahaja yang betul ini wajar dijadikan ingatan kepada umat Melayu Islam agar jangan lagi mempercayai bangsa DAP ini. – 25 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.