TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menggelar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seorang penipu dalam isu Dr Zakir Naik.

Ramasamy berkata demikian selepas Syed Saddiq mengubah pendiriannya sebelum ini yang menyatakan Zakir Naik patut dihalau dari Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang menyeru pengusiran Zakir Naik ke India.”

“Keputusan Syed Saddiq berpusing 360 darjah mengejutkan ramai pihak. Mereka tertanya-tanya bagaimana seorang Menteri bertanggungjawab mengubah pendiriannya sesuka hati,” dakwa Ramasamy dalam Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai dari parti DAP itu turut menyifatkan permohonan maaf Zakir sebagai tidak ikhlas dan cuba menyembunyikan fakta sebenar.

“Syed Saddiq sepatutnya menyedari hakikat di sebalik permohonan maaf Zakir, adakah anda benar-benar rasa beliau ikhlas?” katanya.

Sebelumnya, Syed Saddiq memuat naik statusnya di Twitter yang menunjukkan dirinya makan malam bersama Zakir Naik.

“Tidak ada seorang pun yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada apabila ditegur.”

“Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Let’s move on. The country needs healing!,” kata Syed Saddiq yang juga Ahli Palimen Muar.

Beberapa hari sebelumnya, Syed Saddiq dan Tan Sri Rais Yatim antara beberapa pemimpin Melayu yang mahu Zakir Naik diusir dari Malaysia.

Namun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mempertahankan Zakir Naik untuk terus kekal di Malaysia. – 25 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Antarà orang sudah beruban patut relax je di rumah bersara dari dunia politik yang bertambah mengusutkan lagi memeningkan kepala rakyat yang tidak berdosa.

  2. Saddiq tu kn budak2, budak2 mna ade pendirian ttap, mcm lalang jgak. Kna gempak sikit, tukar la pendirian. Lu ramasamy, mau tolong baca yassin ka sma saddiq klau dia mati. Lu pikir la sndiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.