SAYA sempat meneliti “Dokumen Suqiu” yang pernah di lancarkan oleh Hua Tuan (Persatuan Utama Cina) pada tahun 16 Ogos 1999 sebelum PRU 10.

Suqiu merupakan satu dokumen yang dibuat oleh persatuan-persatuan Cina untuk menuntut kerajaan ketika itu memperhalusi cadangan dan tuntutan mereka kononnya atas dasar kesaksamaan pelbagai kaum.

Dong Zong terlibat secara langsung dalam Suqiu kerana menjadi tulang belakang kepada tuntutan Suqiu ini di samping di tandatangani oleh 2095 persatuan Cina (Hua Tuan) di Malaysia.

Ini jelas menunjukkan bahawa 99 peratus kaum Cina bersetuju dan menyokong Suqiu dan secara tidak langsung 99 peratus kaum Cina mencabar Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam bab hak keistimewaan orang Melayu Bumiputera dan Islam.

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan 84 perkara tuntutan Suqiu yang dipecahkan kepada 17 asas tuntutan mereka tetapi saya ingin kongsikan perkara jelas dalam Suqiu yang bertentangan dengan perlembagaan dan menyentuh hak orang Melayu dan Bumiputera.

Saya ingin menyentuh tujuh perkara selain berpuluh tuntutan Suqiu jelas bertentangan dengan persetujuan dan perjanjian sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan yang cuba dicabul oleh Suqiu dan bukti bahawa Suqiu merupakan “Tangan Jahat” yang dicipta oleh golongan Dong Zong dan Hua Tuan.

Sebagai contoh, Suqiu mahu status “Bumiputera” dan ”Bukan Bumiputera” dihapuskan sama sekali. Apakah mereka tidak mencabar perlembagaan yang sehingga hari ini menjelaskan kenapa dan mengapa hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera ini dimasukkan sebagai sebahagian dalam perlembagaan apabila Melayu bersetuju berkongsi kerakyatan dengan mereka (Cina dan India)?

Suqiu menuntut agar pembahagian tanah secara adil tanpa perbezaan kaum. Apakah ini cubaan untuk merampas dan membolot harta pusaka nenek moyang orang Melayu dan Bumiputera setelah mereka menguasai ekonomi?

Suqiu menuntut agar sistem kouta di universiti, penjawat awam, pinjaman dan bantuan dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian. Apakah ini bukan pencabulan kepada jaminan perlembagaan yang ada di negara kita?

Saya melihat kenyataan Tun Mahathir sebagai kenyataan seorang bekas Perdana Menteri yang masih segar dengan ingatan bahawa Suqiu yang didokong Dong Zong tetap merupakan perjuangan Bangsa DAP yang rasis.

Mereka menggunakan Suqiu sebagai alat untuk menutup kerakusan Bangsa DAP. Dong Zong menjadi tulang belakang dalam menuntut perkara-perkara seperti pinjaman pembelajaran untuk warga Cina dan mendesak agar SJK(C) ditambah jumlahnya walhal peratusan kewarganegaraan mereka hanya sekitar 20 peratus.

Dong Zong juga menjadi “Tangan Jahat” dalam menuntut kerajaan untuk membatalkan Rancangan Sekolah Wawasan serta memberhentikan perlantikan guru-guru tanpa kelayakan formal dalam bahasa Cina untuk pemegang jawatan pentadbir tinggi di SJK(C) dan banyak lagi termasuk mengiktiraf Sijil Universiti Nanyang dan Universiti-universiti lain di China dan Taiwan. Apakah ini bukan rasis?

Perkara yang paling besar yang dituntut oleh Suqiu ialah untuk kerajaan memberikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan Islam dalam hal penyebaran, perkembangan dan mendapat kemudahan kerajaan.

Apakah ini bukan rasis apabila mereka cuba mencabar bahawa Islam agama rasmi kerajaan dan Apakah mereka mahu kerajaan menambah jumlah kuil dan tokong untuk peratusan kaum hanya sekitar 20 peratus dan membina kuil dan tokong sebanyak masjid dan surau yang ada di Malaysia?

Dan hari ini kita boleh lihat bagaimana Menteri Kewangan dari Bangsa DAP melalui kerajaan DAP-PH cuba menyamaratakan peruntukan dalam belanjawan apabila mengagihkan jumlah yang sama kepada intitusi Masjid, Rumah Mubaligh dan tempat-tempat ibadah agama lain walhal ia bertentangan dengan perlembagaan dalam bab peruntukan kewangan.

Tetapi hari ini telah berlaku dan apakah Rakyat Malaysia terutama Bangsa Melayu Bumiputera Islam redha dengan perkosaan kuasa oleh Bangsa DAP yang baru sahaja diberikan jawatan sebagai Menteri Kewangan?

Saya berharap dari perkongsian ini agar Bangsa Melayu Bumiputera Islam sedar dan bangkit sebangkitnya tanpa berselindung lagi untuk menolak politik yang bakal menimbulkan keadaan yang boleh mencetuskan ketegangan dan mengguris keamanan yang selama ini kita kekal dan pertahankan.

Kekhuatiran saya ialah apabila Dong Zong dan ribuan barisan Hua Tuan terlalu lantang menuntut itu dan ini tanpa asas maka ia bakal menimbulkan rasa marah orang Melayu dan akhirnya sejarah 13 Mei boleh berulang jika tidak ditangani dengan bijak oleh Kerajaan pimpinan Tun Mahathir.

Ini bukan lagi soal politik kepartian tetapi ia telah melangkaui politik agama dan bangsa Melayu. Tiada lagi soal kepartian yang hanya berkisar soal siapa Perdana Menteri tetapi soal bagaimana Bangsa Melayu mampu bertahan kesabaran mereka apabila terlalu kerap dan acap kali di serang isu demi isu dibangkitkan sebagai provokasi agar negara ini berada dalam keadaan yang amat teruk. Ekonomi Bangsa Melayu dirancang supaya lemah dan tidak berdaya.

Saya tidak nampak jika Bangsa DAP diberikan kedudukan dalam kerajaan seperti hari ini dapat menyelesaikan permasalahan kaum yang makin meruncing ini. Malah merekalah yang memulakan pertikaian demi pertikaian hak orang Melayu untuk diberikan kepada kaum mereka. Mereka tidak lagi rasa segan atau hormat kepada kaum majoriti malah apabila kuasa berada di tangan mereka, Bangsa Melayu Bumiputera Islam ditindas dan dinafikan hak secara terang-terangan.

Bangkitlah bangsa Melayu Bumiputera agar kita tidak dipijak dan menjadi tuan tanah yang bacul di bumi sendiri. Walau dengan apa cara sekalipun. Walau dengan percaturan mana sekalipun. Kuasa Penuh Bangsa Melayu Bumiputera Islam harus diangkat ke Putrajaya dengan membenamkan Kerajaan DAP-PH walau dengan apa cara dan bila masa sekali pun. – 25 Ogos 2019

Wan Khairul Ihsan
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Rasanuya semua bangsa Melayu dah tahu. hanya anak2 muda Melayu sahaja yang tidak tahu atau tak ambil tahu. juga anak2 muda Melayu yang ada pelajaran . itu semua anak2 Melayu bawah 35 tahun dan segelintir orang dewasa Melayu yan memang ada tidak kepuasan dalam jiwa mereka walaupon dapat makan emas berketul2 ditelannya. tapi masih tidak puas hati. ini lah yang dinamakan bangsa Melayu pengkhianat kepada Tanah air, bangsa dan agama. bangsa yang sebagini patut dilaaknati Allah s.w.t.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.