SEKAT atau Pasukan Tindakan Seni Khat menjadi gabungan 30 NGO pro-DAP terbaru yang dilihat mahu menggerakkan sentimen kebencian terhadap Melayu dan Islam.

Diketuai oleh Arun Dorasamy, agenda sebenar SEKAT amat mudah diketahui walaupun
berselindung di sebalik isu jawi dan khat.

Ini kerana Arun sebelum ini pernah mengepalai gerakan Pasukan Bertindak Indira Gandhi (INGAT) untuk memperbesarkan isu penukaran agama seorang kanak-kanak India kepada agama Islam.

Penglibatan Arun dalam dua isu ini jelas mempamerkan wajahnya yang seolah-olah anti-Islam dan Melayu sama seperti ideologi Bangsa DAP.

Memang tidak menghairankan jika ada persamaan antara Arun dan DAP kerana dia pernah
dirakamkan berada sepentas bersama Menteri DAP, M Kulasegaran tidak lama selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Pada ketika itu, Arun sebagai Penasihat Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia yang menaungi beberapa NGO India, membuat aduan kepada Kulasegaran tentang isu penyelewengan kuil Batu Caves.

Semua sedia maklum bahawa Kulasegaran antara watak utama Bangsa DAP paling kuat melobi untuk meratifikasi Statut Rom, konvensyen antarabangsa yang boleh menggugat kedudukan raja-raja Melayu.

Kulasegaran juga paling lantang bersuara tentang isu penceramah Dr Zakir Naik dan mahu
pendakwah Islam itu dihalau dari Malaysia.

Jadi ‘kemesraan’ antara Arun dan Kulasegaran mungkin disebabkan mereka berkongsikan
matlamat dan ideologi yang sama untuk bersuara terhadap isu Islam dan Melayu.

Dalam isu khat dan jawi, kerajaan akhirnya beralah untuk memberi pilihan kepada PIBG sekolah vernakular sama ada mahu meneruskan silibus itu.

Jadi tiada keperluan untuk Arun terus memperbesarkan isu tersebut dengan menubuhkan
sekreatriat anti jawi yang boleh mengundang perbalahan kaum dan agama.

Melainkan, ada tangan ghaib di belakang Arun yang mahu isu ini berterusan dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu utama seperti kos sara hidup dan kemelut Pakatan Harapan.

Namun siapa di belakang Arun dan SEKAT ini masih menjadi persoalan besar yang perlu dirungkai dengan segera. – NTHQiBord, 26 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.