MENTERI Besar Selangor, Amirudin Shari menyeru sesetengah pihak agar berhenti membangkitkan isu siapa paling layak menjadi pemimpin nombor satu dalam kerajaan.

Jelas Amiruddin, kadang-kadang wujudnya keterujaan dalam kalangan masyarakat yang tidak sudah-sudah inginkan sokongan dan ada sahaja isu yang ingin dibangkitkan.

“Kadang-kadang ada masyarakat dan sebahagian kawan-kawan kita yang tak sudah-sudah membangkitkan, menimbulkan itu dan ini, ikut kumpulan ini, ikut kumpulan itu.

“Hari-hari asyik fikir politik, ada yang nak menangkan parti kita dan nak menangkan kawan-kawan kita.

“Adalah lebih baik kita fikirkan cara untuk tunaikan amanah rakyat.

“Bukannya asyik fikirkan siapa yang harus menjadi pemimpin nombor satu, dua, tiga dan empat dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR (Selangor) berkata, rakyat menaruh harapan tinggi kepada PH jadi adalah patut kerajaan menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

“Sekarang masa untuk mengisi ruang dan peluang yang diamanahkan.

“Janganlah kita gagal tunaikan peluang yang kita miliki ini,” katanya. – 26 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.