SYED Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan kumpulan antijawi agar tidak menjadi bodoh sombong dalam isu pelaksanaan seni khat dan jawi di sekolah vernakular.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu merujuk kepada laporan bahawa gabungan 24 NGO pro-DAP yang dikenali sebagai Pasukan Tindakan Seni Khat (SEKAT) yang mengugut tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah jika silibus itu diteruskan.

“Sanggup menghalang anak dari dapat pendidikan hanya kerana takut 3 muka surat berkenaan jawi yang tidak dimasukkan ke dalam exam & sudah pun opsyenal.

“Kamu tidak boleh lebih bodoh sombong daripada ini,” tulis Syed Saddiq di Twitternya semalam.

Kenyataan Syed Saddiq itu mengundang reaksi daripada MIC yang meminta Ahli Parlimen Muar itu mengulas isu tersebut dengan lebih sopan.

“Sekiranya menteri kurang senang dengan keputusan tersebut, beliau boleh memberi ulasan dengan sopan, bukan terus mengkritiknya sebagai ‘bodoh sombong’.

“Bagaimana jika ada orang dakwa anda (Syed Saddiq) sebagai ‘kurang waras’ kerana pendiriannya sering berubah dalam isu Dr Zakir Naik,” kata Ahli Jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC M Veeran kepada sebuah portal.

Semalam, NGO SEKAT mendakwa mereka sedang berusaha mengadakan dialog dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian baik mengenai perkara itu.

Namun mereka berkata, jika permintaan untuk mengadakan dialog tidak dipenuhi, kumpulan itu akan menyakinkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes. – 26 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Kalau mereka tidak mahu hadir kelas Dan tak datang terus pun Ada lah lebih baik keraba INI Akan lebih memudahkan pihak Kementerian Pendidikan menutup terus Sekolah tersebut.Ya elok kamu teruskan tindakan yg sangat sangat dialu alukan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.