USAHA mewujudkan kereta terbang hanya akan membazirkan sumber dan masa untuk Malaysia, kata wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pelapor Khas PBB Prof Philip Alston berkata, kereta terbang tidak praktikal di Malaysia kerana negara ini kerap dilanda ribut.

“Penggunaan kereta terbang akan menggunakan terlalu banyak bahan api fosil yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Kerajaan Malaysia sepatutnya bersedia dengan kesan perubahan iklim yang sudah berlaku,” katanya.

Kenyataan wakil PBB ini adalah tamparan hebat buat kerajaan Malaysia yang merancang untuk membangunkan kereta terbang.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Julai lalu berkata, prototaip kereta terbang sedang dibangunkan oleh syarikat usahawan negara ini di Jepun dan sudah 85 peratus siap.

Mohd Redzuan berkata, usaha untuk mewujudkan kereta terbang terbabit adalah inisiatif yang dilaksanakan untuk lebih berdaya maju serta berinovasi.

Namun, pencemaran alam sekitar di Malaysia lebih menarik perhatian kumpulan pemerhati antarabangsa kerana bencana alam kerap dihadapi di Malaysia.

Selain masalah jerebu, Malaysia juga terdedah dengan angin monsun yang mendorong kepada masalah hujan dan ribut sepanjang tahun.

Kawasan Semenanjung Malaysia juga kerap ditimpa banjir besar dan banjir kilat kerana kegagalan sistem pengairan serta longkang tersumbat.

Walau pelbagai inisiatif dijalankan, masalah bencana alam di Malaysia masih tiada pelan kecemasan kursus bagi menangani masalah itu. – 26 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.