SYED Saddiq Abdul Rahman menafikan beliau mengetahui latar belakang politik 13 pegawai penyelaras sukan dari Armada BERSATU yang dilantik di bawah kementeriannya baru-baru ini.

Alasannya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempunyai lebih 4,000 kakitangan dan sukar baginya untuk mengenal pasti kecenderungan politik setiap stafnya.

Namun pendedahan pengendali Facebook Pemuda UMNO Tebrau menunjukkan Syed Saddiq berbohong kononnya tidak mengenali kesemua pegawai dari Armada BERSATU.

Pemuda UMNO Tebrau juga sebelum ini mendedahkan tentang pelantikan 13 ahli Armada itu yang dikaitkan dengan amalan kronisme oleh Syed Saddiq.

Berdasarkan maklumat terbaru Pemuda UMNO Tebrau, Syed Saddiq sebenarnya mengenali semua pegawai yang dilantik sebagai ahli Armada berikutan gambar yang menunjukkan mereka duduk makan semeja bersama menteri berkenaan pada awal bulan Ogos lalu.

“Pada hari Selasa yang lepas kami telah dedahkan pelantikan 13 Pegawai Penyelaras Sukan yang merupakan ahli Armada BERSATU di setiap negeri oleh YB Menteri KBS.

“Setelah 4 hari YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendiamkan diri daripada menjawab perlantikan 13 ahli Armada BERSATU ini, akhirnya semalam dia jawab.

“Dia cakap dia tak tahu kesemua itu adalah ahli Armada.

“Gambar yang dilampirkan adalah mereka (13 pegawai lantikan) makan bersama YB pada awal bulan Ogos 2019 yang lepas. Mungkin selepas mereka penat berkursus seharian agaknya,” kata Pemuda UMNO Tebrau. – 26 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.