SEMAKIN banyak edaran bercetak kini mengabaikan Bahasa Melayu.

Terbaru, risalah mempromosikan sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia, agensi dari Kementerian Industri Utama Malaysia.

Risalah itu sebaliknya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, dan Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua.

Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa ketiga dengan ruangan yang paling minima dan kecil.

Risalah itu didapati diedarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebagai satu medium pemasaran kepada masyarakat luar tentang industri utama Malaysia.

Sepatutnya, risalah tersebut perlu mengutamakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan seperti yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, yang melibatkan apa-apa tujuan kerajaan.

Kementerian Industri Utama diketuai oleh Teresa Kok, yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP.

Baru-baru ini beliau melancarkan kempen ‘Sayangi Sawitku’ dan mencetak banyak risalah promosi, untuk edaran dalam dan luar negara. – 26 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.