PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari Malaysia ‘seperti paria’.

Kenyataan Tun Mahathir sekali gus menggambarkan kepada perjuangan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan lain yang selama ini bermati-matian berjuang membantah operasi kilang Lynas itu.

Menurut Tun Mahathir, perbuatan membantah Lynas hanya akan merosakkan pelaburan masa hadapan di Malaysia.

“Jika kita layan Lynas seperti paria dan minta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan mendapat orang lain untuk datang dan melabur,” katanya.

Tun Mahathir juga berkata, Malaysia yang memainkan peranan menjemput Lynas untuk melabur di negara ini.

Lynas diselubungi kontroversi selama beberapa tahun berikutan bantahan ahli politik Pakatan Harapan (PH) terhadap kilang pemprosesanya di Gebeng, Kuantan.

Fuziah pula merupakan ahli politik Pakatan Harapan dari PKR paling lantang mengkritik Lynas.

Menurut Fuziah, Lynas perlu ditutup atas sebab kesihatan yang berupaya mengubah biologi manusia, tumbuhan dan haiwan kepada bentuk cacat fizikal.

Fuziah juga pernah mengalirkan air mata kerana gusar dengan kesihatan penduduk Kuantan yang didakwa tercemar akibat Lynas.

Mahathir dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, Lynas tidak berbahaya seperti diwar-warkan Fuziah, malah cukup baik kepada negara Malaysia. – 26 Ogos 2019

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.