PENDUDUK Hong Kong mengintai peluang untuk tinggal di Malaysia sehingga krisis politik yang menyaksikan protes berterusan di tanah air mereka berakhir.

Pertanyaan mengenai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dari penduduk Hong Kong juga meningkat secara mendadak sebanyak 40% sejak bulan lepas.

Ia disahkan Sharifah Ikhlas AlJaffree yang merupakan Pengarah Program Malaysia Rumah Kedua (MM2H) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

“Situasi di Hong Kong menjadi pendorong buat penduduknya memilih Malaysia sebagai salah satu alternatif, lokasi rumah baru bagi mereka.

“Kekuatan kita bukan sahaja terletak pada keramahan negara kita, kos hidup yang berpatutan dan kualiti hidup yang tinggi (penjagaan kesihatan) tetapi juga kestabilan ekonomi dan politik serta infrastruktur yang dibangunkan,” kata Sharifah.

Sharifah berkata, program itu telah menerima sebanyak 3,500 permohonan sehingga hari ini (Isnin), namun, tiada permohonan diluluskan.

Program Malaysia Rumah Kedua (MM2H) adalah program yang membolehkan warga asing untuk tinggal di Malaysia selama mungkin dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Pas lawatan sosial pada mulanya ialah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui pada bila-bila masa. – 26 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.