KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) kini berada dalam fasa kematian politik secara senyap atau dipanggil sebagai politik gangren, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ia susulan kerajaan itu kini berada di ambang konflik dari semasa ke semasa dan politik gangrenk itu semakin menjadi kenyataan.

“Tahap kepercayaan serta keyakinan dalam kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa PH mereka boleh kekal sebagai pemerintah pada PRU yang akan datang semakin luntur.

“Sesungguhnya, Tun Mahathir (Mohamad) sebenarnya berseorangan dalam PH sekarang ini lantaran PKR di bawah rejim Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu rapatnya iaitu Lim Kit Siang semakin galak dan kuat merencanakan strategi menolak kepimpinannya,” katanya.

Sementara itu, Zahid turut menyifatkan bahawa adalah tidak mustahil untuk kerajaan PH menamatkan riwayatnya selaku pemimpin pentadbiran negara terkini kerana golongan pemimpin PH yang terlalu teruja mencari kelompok sempurna.

“Saya melihat keributan di dalam PH telah memberi kesan yang begitu besar kepada rakyat dan negara sekarang ini.

“Saya yakin, kelak PH akan tersungkur tidak lama lagi dan rakyat perlu bersedia untuk suatu muafakat politik yang lebih baik demi masa depan yang lebih sempurna,” katanya.

Selain itu, Zahid juga menzahirkan harapan beliau agar MIC memberi sokongan padu terhadap usaha penyatuan yang sedang dilakukan oleh UMNO dan PAS sekiranya mahu melihat perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum-15 akan datang.

“Perkara itu penting kerana rakyat kini sudah tidak tertahan lagi dengan PH selepas janji-janji yang diucapkan gagal disempuranakan,” ujarnya. – 26 Ogos 2019

4 COMMENTS

  1. The dissolution of parliament is the best option for everyone. The poor rakyat on the street are tired of the political game played by the leaders. Cost of living has skyrocketed, racial tension, environmental degradation, sexual harassment, rape, sex video, khat, clash with royalties, the ringgit and the economy of the country is not doing well, call for a fresh mandate from the people of Malaysia. Moreover, all election manifestos made by PH are not fulfilled. Leaders only care about themselves than the welfare of the poor rakyat.

  2. KO pun byk juga janji..tapi bila ph menang tempohari KO dgn sng hati tinggal kan sja segala komitmen yg telah KO janji pada rakyat selama hari ni..KO pikir diri KO sja dan anggap sebagai permainan…itu lah politik yg dijunjung.

  3. Slogan
    Berani…. Yaa Berani menipu.
    Benar…. mari kita gelak…haa.. Haaa… Haa
    Blok ni benar kat mana?
    88 kes puluhan kes, 6 negara sabit kesalahan 1mdb.
    Bebas….. lagi lah gelak….
    Bebas hentam kerajaan rakyat ph.
    Cuma batang hidung sendiri..
    Kuman diseberang tampak.

    Bangkai gajah didepan mata dibutakan.
    Malah bangkai gajah yg dah patut dibatu nisan kan masih terus dipuja & dihormati.

    Jenis apa penulis nthqibord ni.
    Tak takut siksa Allah ke.
    Tak nak ambil ikhtibar utusan melayu yg sebelum ini menjadi tali barut umno.

  4. Pala butoh lah zahid hamidi,awak modal dah xde lagi mahu cakap berlagak mcm kuat sangat weii parti ko dah nak mereput. kaki songlap balik Indonlah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.