GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya membubarkan Parlimen sekiranya gagal memberi perhatian yang serius terhadap isu kepentingan Melayu dan Islam.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengadakan satu himpunan bagi menyuarakan suara perpaduan dalam masa terdekat ini.

“Kita akan adakan perhimpunan seperti himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk membawa suara rakyat, perpaduan orang Islam.

“Jika tidak, kita desak mereka untuk bubarkan Parlimen secepat mungkin.

“Gerakan ini adalah usaha sendiri tanpa mana-mana tekanan.

“Ini adalah suara rakyat.

“Ummah adalah wakil rakyat dan kalau ada parti yang nak terlibat kita tidak tolak,” katanya.

Jelas Aminuddin, beliau yakin rakyat semakin sedar mengenai perpaduan Melayu dan umat Islam semakin membimbangkan dan akan terzahir sekiranya keadaan semakin mendesak untuk rakyat lindungi kepentingan kaum serta agama mereka.

Namun, beberapa perkara perlu diberi perhatian jika mahu benar-benar ianya membawa perubahan yang dikehendaki Islam dan demi kemaslahatan rakyat.

“Inisiatif dan kerjasama antara dua parti politik besar Melayu, UMNO dan PAS untuk menjadikan penyatuan umat Islam hampir menjadi kenyataan.

“Tetapi terdapat beberapa ancaman yang dihadapi dan konsep perpaduan dari perspektif Ummah antaranya ancaman liberalisme, gerakan hak asasi manusia, ancaman gerakan pinda undang-undang, ancaman ekonomi yang meruncing, ancaman gerakan ekstremisme dan masa depan tak menentu.

“Konsep perpaduan pula mesti berteraskan iman dan aqidah.

“Mengutamakan rakyat bukan kepentingan peribadi dan menyeluruh bukan serpihan,” katanya. – 26 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. The dissolution of parliament is the best option for everyone. The poor rakyat on the street are tired of the political game played by the leaders. Cost of living has skyrocketed, racial tension, environmental degradation, sexual harassment, rape, sex video, khat, clash with royalties, the ringgit and the economy of the country is not doing well, call for a fresh mandate from the people of Malaysia. Moreover, all election manifestos made by PH are not fulfilled. Leaders only care about themselves than the welfare of the poor rakyat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.