KETUA Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin sebagai seorang yang biadap.

Ini ekoran tindakan Tze Tzin yang memuatnaik sekeping gambar Skuad Sabil bersama Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan petikan kata yang penuh celupar; “Akhirnya, 1 juta Pak guard dari Bangladesh telah sampai…. ka ka ka…”

Dr Shamsul menyifatkan kata-kata Tze Tzin itu biadap dan tidak melambangkan keperibadian sebagai seorang pemimpin rakyat.

“Reaksi beliau juga menunjukkan kegusaran beliau dengan kekuatan baru Pemuda UMNO Malaysia,” tegasnya.

Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong menggesa skuad sukarelawan parti itu tidak patah semangat atas hinaan daripada Ahli Parlimen PKR itu.

“Kepada semua Skuad Sabil Pemuda UMNO Malaysia. Kita bangkit dan buktikan kita hebat,” serunya lagi.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib menggesa Pemuda UMNO membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang wajar dikenakan ke atas Tze Tzin.

“Satu penghinaan di luar kewarasan manusia. Pemuda-pemuda Melayu dalam gambar itu dituduh sebagai ‘pak guard’ Bangladesh?”

“Sikap kurang ajarnya tak menggambarkan dia seorang pemimpin berjawatan timbalan menteri.”

“Perangainya sama teruk dengan Exco DAP Perak yang sedang menghadapi tuduhan merogol amah Indonesia,” tegas Khusairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim.

Pasukan ini merupakan kumpulan pertama dan perintis seramai 300 anggota dalam kalangan Pemuda UMNO yang dilatih untuk menjadi anggota Skuad Sabil.

Skuad Sabil ini menjalani Kursus Siri Pertama di Janda Baik, Bentong, Pahang. – 26 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.