AHLI Jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC, M Veeran berpendapat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu lebih sopan dalam mengeluarkan kenyataan.

Veeran berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan ugutan kumpulan yang membantah pelaksanaan Jawi namun sebagai menteri, Saddiq sepatutnya lebih bijak menggunakan kata-kata.

“Sekiranya menteri kurang senang dengan keputusan tersebut, beliau boleh memberi ulasan dengan sopan, bukan terus mengkritiknya sebagai ‘bodoh sombong’,” katanya.

Selain itu, Veeran turut mempersoalkan Saddiq sekiranya orang ramai mendakwa dirinya sebagai tidak waras mengenai pendiriannya terhadap Zakir Naik bagaimana pula kenyataannya.

“Jika ada orang dakwa anda (Syed Saddiq) sebagai ‘kurang waras’ kerana pendiriannya sering berubah dalam isu Dr Zakir Naik, bagaimana?,” katanya.

Namun, Veeran berkata, kumpulan Sekat tidak seharusnya melibatkan murid dalam isu berkenaan.

“Kita tidak boleh melibatkan murid sekolah dalam isu tulisan Jawi.

“Tapi kita juga tidak boleh menggelar mereka (kumpulan Sekat) dengan perkataan kurang sopan,” ujarnya. – 26 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Jangan Syed Saddiq Aje nampak berhati hati bila keluarkan kenyataan . macamana pulak menteri menteri dari kalangan kaum India . tidak kah mereka ini dahulu yang mulakan yang kalau bercakap tak menggunakan akal.kalau melayu ribut kalau bukan melayu senyap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.