PEMUDA UMNO mengikut jejak langkah PAS apabila menubuhkan pasukan beruniform dipanggil Skuad Sabil.

Peranan skuad itu difahamkan sama seperti tugas Jabatan Amal (Unit Amal) PAS.

Namun, ia dicerca Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR.

“Akhirnya satu juta pak guard dari Bangladesh telah sampai,” tulisnya di Facebook rasmi miliknya.

Kapsyen itu disertakan bersama sekeping gambar Skuad Sabil bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimana pun, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui satu hantaran di Facebook beliau pagi ini dukacita dengan sikap perkauman yang dipamerkan Tze Tzin.

“Dukacita dengan sikap perkauman Timbalan Menteri ini yang gelar Skuad Sabil UMNO sebagai orang Bangladesh,”

“Amat tidak patut,” tulisnya.

Skuad Sabil, adalah satu kumpulan yang ditugaskan untuk program kesukarelawan dan kebajikan ke seluruh kawasan, disamping menerapkan idealisme perjuangan UMNO.

Seramai lebih 300 sukarelawan Skuad Sabil Siri 1 selesai menjalani latihan bertempat di ILMU, Janda Baik semalam. – 26 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.