NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan gelaran “Pak guard dari Bangladesh” kepada Skuad Sabil adalah suatu penghinaan.

“Suatu penghinaan kepada Skuad Sabil. Skuad ini bukan tujuannnya untuk berperang, skuad ini tujuannya untuk program kebajikan,” kata Ismail ketika ditemui.

Sebelumnya Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin memuatnaik sekeping gambar Skuad Sabil bersama Presiden UMNO Ketua Pemuda, dengan menyebutnya Pak guard dari Bangladesh.

Menurut Ismail, skuad seperti itu bukanlah sesuatu yang asing dalam UMNO.

“Sebelumnya, pada zaman Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi Ketua Pemuda beliau menubuhkan Briged Putra. Pada zaman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ada Kelab Putera 1Malaysia dan ada Briged Kesatria Muda Malaysia yang dipengerusikan Datuk Armand Azha.”

“Dan kini pada zaman Datuk Asyraf Wajdi ditubuhkan Skuad Sabil. Lebih kurang sama lah,” kata Ismail lagi.

Bagi Ismail, gelaran yang disebut oleh Tze Tzin itu biadap dan tidak sepatutnya datang daripada seorang yang berjawatan timbalan menteri.

Dalam perkembangan terkini, Tze Tzin telah memadam ciapan tersebut setelah dikecam warga netizen dan pimpinan UMNO.

Lebih 300 sukarelawan menyertai kumpulan perintis Skuad Sabil ini dan mereka baharu sahaja tamat menjalani latihan Siri 1 bertempat di ILMU, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Antara tujuan Skuad Sabil termasuklah sebagai sukarelawan yang menjaga keselamatan pemimpin dan program parti, membantu tatkala berlakunya bencana serta memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat apabila diperlukan. – NTHQiBORD 27 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.