SHAH ALAM 27 OCTOBER 2016. Pengerusi HISBAH Centre For Reform, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

HASRAT Mohamad Ezam Mohd Nor untuk menubuhkan parti bebas rasuah, Parti Negara tidak kesampaian apabila penajanya membuat keputusan tidak meneruskan pendaftarannya.

Setiausaha agung (penaja) parti itu, Abdul Ghani Haroon berkata keputusan itu dibuat selepas satu pertemuan semalam.

Katanya, usaha itu tidak diteruskan bagi menumpukan usaha memperkukuh organisasi sederhana sedia ada dalam menghadapi suasana negara yang tidak sihat dan berbahaya.

“Ia suatu keputusan sukar bagi kami kerana proses pendaftaran Parti Negara sudah di peringkat akhir dan ikhitiar ini telah lama kami fikir dan lakukan,” katanya menurut laporan sebuah portal.

Abdul Ghani membangkitkan pendekatan beberapa kelompok dan parti-parti politik yang didakwanya melampau dalam menangani hidup bernegara.

Abdul Ghani juga berkata Ezam akan menyatakan secara khusus hala tuju dan tindakan lanjut mereka pada bulan depan.

Ia, katanya, tetap akan berpaksikan kepada cita-cita menjadikan Malaysia bebas rasuah.

Ezam, yang terkenal selepas menjadi orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa reformasi 1998, pernah cuba menghidupkan Parti Bebas Rasuah.

Ahli politik yang terkenal dengan pidato lantangnya itu setakat ini telah terlibat dengan pelbagai parti, termasuk PKR, UUMO dan Bersatu. – 27 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.