TINDAKAN Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk Kadir Jasin melontarkan beberapa pertanyaan kepada Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad (SDP) menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada rakyat.

“Ini orang kata. Jadi saya nak tanya Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad (SDP).”

“Adakah benar gaji Pemangku CEO sekarang (Bumiputera) dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk CEO baru (bukan Bumiputera) RM260,000 lebih?”

“Adakah benar hanya 40 peratus pengurusan kanan SDP terdiri daripada Bumiputera?”

“SDP ni syarikat bawah kawalan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan?”

“Itu dulu. Kalau tak jawab atau jawapan tak jelas, kita tanya lagi,” katanya dalam Facebook.

Pertanyaan itu menimbulkan persoalan apakah sebenarnya berlaku dalam pengurusan SDP.

Kenyataan Kadir Jasin itu sebenarnya mempunyai dua tujuan, iaitu bertanya dan pada masa yang sama mendedahkan maklumat sulit untuk dinilai oleh rakyat.

Jika seorang yang begitu rapat dengan Perdana Menteri boleh melontarkan pertanyaan sedemikian, maka tidak salah jika rakyat turut berasa curiga.

Seorang penganalisis politik, Ab Jalil Backer memberi komen dan menyatakan kenyataan itu menggambarkan kedudukan sekarang makin parah.

“Jika penasihat media Perdana Menteri pun tidak boleh dapat maklumat sebenar, apa yang benar mengenai kerajaan hari ini.”

“Atau sebenarnya Kadir ada masalah dengan Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa pelantikan?”

“Ada empat tahun lagi, lingkuplah negara ini,” kata Ab Jalil.

Jika benarlah apa yang ditanya oleh Kadir Jasin itu, maka masa depan negara sedang dirosakkan semahunya oleh DAP.

Mungkin DAP berasakan peluang untuk mempertahankan kerajaannya tipis, maka selagi ada peluang, kautlah seberapa banyak ghanimah yang ada.

Amatlah malang negara Malaysia ketika ini diperintah oleh sekumpulan yang dahulunya begitu lantang mengkritik kerajaan yang ada, tetapi sebaik mendapat kuasa mereka menjadi kerajaan yang lebih buruk lagi. – 27 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.